Sesiapa yang berminat dengan novel-novel lama boleh lah contact :
facebook : CikPuanPelangi
instagram : CikPuanPelangi
RM 5.00 per book
Air Mata
Cinta
Seraut
Wajah, Sebuah Memori Luka & Cinta...
Budak Momok
II
Pesta
Lova-Lova
Yun Sunmiey
Natalia
Mr. X
Damien
Dambaan Pilu
Prince
Sebuah Puisi
Di Bulan Februari
Mr. Nice Guy
Why Me?!!
Air Mata Cinta
Penulis : Juwie
Edisi Pertama
Cetakan 1995
Melati Publisher Sdn Bhd
(127 page)
Buat pertama kalinya, dia menyapu air mata cinta yang
meleleh di pipiku.
Dan, buat pertama kalinya, aku terpandang air mata cinta
bergenang dalam sinar matanya yang penuh harapan.
Seraut Wajah, Sebuah Memori Luka & Cinta...
Penulis : Shahariah Ismail
Edisi Pertama
Cetakan Kedua 1999
Novel House
(226 page)
Seraut
wajah, membakar marah
Sebuah
memori luka, mencalar jiwa
Sekuntum
Cinta hadir, mengirai pelangi di pinggir
Cuma hati
sebagai penentu...
Seraut wajah tampan Daniel membuat hati Anis diamuk kenangan
silam tak mungkin dilupakan namun dalam luka ada cinta yang hadir tanpa di
duga. Namun bila kepercayaan yang mula bercambah di nodai mampukah Daniel
merebut kembali cinta Anis???
Pada seraut wajah itu terukir sebuah memori luka. Namun akhirnya yang hadir pada saat ini adalah sebuah cinta...
Budak Momok II
Penulis : Ahadiat Akashah
Edisi kedua
Cetakan Ketujuh 2001
Ghostwriter
(89 page)
Jatuh cinta?! Biar benar! Dahlah tu, dengan Widuri pulak tu!
Kali ini Faisal betul-betul tersepit! Betul ke ada momok atau budak-budak nakal
menyamar jadi momok? Kalau betul ada momok wujud, ini bererti... Widuri pun
wujud jugak! Mak!!!
Gangster
Penulis : Ahadiat Akashah
Edisi kedua
Cetakan Keenam 2001
Ahadiat Akashah The Writer Sdn Bhd
(157 page)
Sinopsis
Mengisahkan mengenai seorang pemuda bernama
Faris kerana telah mengecewakan ayahnya dengan memperoleh ijazah muzik dari
university di US kerana minatnya yang mendalam dalam bidang muzik. Namun
bapanya mengiginkan Faris mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi untuk
menggantikan dia meneruskan perniagaanya. Oleh itu, dengan nasihat daripada
ibunya Faris meninggalkan rumah untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi
seorang yang berjaya dengan menceburi bidang muzik. Sebaliknya dia tersalah
langkah kerana telah terjebak dengan dunia gangster.
Pekenalan di antara faris dan Sheena
bermula apabila Faris telah menyelamatkan Sheena daripada teman lelakinya yang
ingin mengambil kesempatan kepadanya. Sejak perkenalan mereka Sheena telah mula
menaruh hati kepada Faris, tanpa megetahui siapa diri Faris yang sebenarnya.
Selain itu, hubungan rapat di antara Faris dengan Sheena dan mamanya telah
membuatkan Faris kembali merasai hidup berkeluarga. Dia telah menganggap mama
Sheena seperti ibunya kandungnya sendiri.
Selain Sheena, Nora yang merupakan seorang
GRO juga telah memendamkan perasaan terhadap Faris.berbeza dengan Sheena, Nora
mengetahui siapa Faris yang sebenarnya. Walaupun dia yang sekarang. Faris nekad
untuk berubah dan meninggalkan dunia gangster tersebut. Dia ingin menyambung
pelajarannya dengan mengambil ijazah ekonomi dan ingin kembali kepada
keluarganya.. Malangnya, pada masa yang sama dia akhirnya telah ditangkap
kerana telah terlibat dalam pengedaran dadah.
Daun-Daun Merimbun Bumi
Susunan : Ahadiat Akashah
Edisi kedua
Cetakan Pertama 2002
Ghostwriter
(130 page)
Daun-daun
merimbun bumi...
Menyelongkar
khazanah samudera
Bersama
Coral Zangief.
Merungkai
Alam Misteri
Bersama Kus
Spirit Boy.
Merungkai
Rahsia Remaja
Bersama Yo!
It's Me.
Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta...
Penulis : Ahadiat Akashah
Edisi Kedua
Cetakan Ketujuh 1999
Ahadiat Akashah The Writer Sdn Bhd
(233 page)
Sekuntum
bunga,
Adalah detik
mula...
Sekeping
kad,
Sebagai
pengerat...
Seraut
cinta,
Lambang dua
hati menjadi satu...
Dan, air
mata sebagai penentu...
Sinopsis:
Satu
perjalanan cinta yang meruntun jiwa dan raga SESUNGGUHNYA RIN CINTAKAN RYAN
Namun kehadiran Rendra membawa satu petaka
Aku masih
ingat kali pertama aku melihat lelaki itu. Di wajahnya tergambar resah walaupun
dia cuba menyembunyikannya. Dia sering habiskan masanya di atas batu. Dia orang
luar. Bukan orang kampung ini. Dia tinggal menyewa di sebuah rumah lama di tepi
pantai. Segala-galanya bermula dari sini. Lelaki itulah yang telah mewarnakan
kehidupan ini. Dan, di dalam keluarga ini, sejarah tercipta…
Susah
menyebut namanya. Jarang didengar untuk nama lelaki Melayu. Ryan Iskandar
namanya. Dia melarikan diri ke kampung tepi laut ini kononnya untuk mencari
damai. Di sinilah segalanya bermula. Dan, pertemuannya dengan Sabrina membawa
cinta. Namun, dengan kehadiran Rendra, memusykilkan sebuah rahsia yang terlipat
kemas di laci hati Sabrina? Dan, inilah yang tidak diceritakan Sabrina
sehinggalah di tengah lautan bergelora…memungkinkan rahsia itu akan terkubur
sama? Adakah terlalu suntuk untuk Sabrina meluahkan segalanya ataupun…sekuntum
bunga, sekeping kad sebagai jawapan bagi seraut cinta itu…
Pesta Lova-Lova
Penulis : Ahadiat Akashah
Edisi Kedua
Cetakan Ketiga 2001
Novel House
(114 page)
Tiga Sahabat! Tiga ragam! Tiga kehidupan!
Apabila ditanya : Ada apa-apa masalah?
Jawab mereka : We have no problem!
Tanya lagi : So what's up?
Dengan riang mereka berkata : Yo! Let's Go!
Mari kita berpesta lova-lova!
Yun Sunmiey Natalia
Penulis : Ruhaini Mat Darin
Edisi Pertama
Cetakan Pertama 2004
Ghostwriter
(329 page)
Dari blok Seruling, Rebana, Kompang, Gendang, dan Kecapi
semuanya kenal dengan budak perempuan tu! Sesak nafas nak sebut nama dia! Timun
kata kalah wajah Siti Nurhaliza! Mempelam pulak kata klon Miss Universe! Pisang
tu aje belum kata apa-apa.
Mr. X
Penulis : Aznil Hj. Nawawi
Edisi Pertama
Cetakan Kedua 2000
Novel House
(101 page)
Siapa lak Mr. X ni?
Macam cerita misteri lak!
Dah jumpa Mr. X, ada lak Mr. Y!
Tension! Tension...!
Damien
Penulis : Ebriza Aminnudin
Edisi Pertama
Cetakan Pertama 2004
Ghostwriter
(372 page)
SINOPSIS :
Di manakah
dapat dicari gadis seumpama Dalinda? Wujudkah gadis yang sama wajah dan tingkahnya?
Kalau kembar, mungkin juga! Tetapi, bukankah di dunia ini ada tujuh manusia
yang sama? Hmmm ... inilah kisahnya apabila Damien bertemu Bienda. Tetapi,
pertemuan dengan Bienda bagaikan pertemuan anjing dan kucing ... sering
mengundang pertengkaran. Apabila bersua wajah pasti dihujani dengan pergaduhan.
Di dalam
ketidaksedaran itu ... Damien mendapati Bienda memenuhi ciri-ciri gadis
idamannya ... dan yang paling penting gadis itu saling tak tumpah perangainya
seperti Dalinda. Dapatkah pertengkaran demi pertengkaran itu diakhiri dengan
kasih sayang? Adakah Bienda merupakan ratu di hati Damien? Dapatkah Bienda
menempatkan dirinya di hati Damien sebagai permaisuri jiwa pemuda itu?
PROMO -
DIALOG :
“Dammy! Apa
ni? Mata kau buta ke tak nampak kaki aku ataupun sengaja kau buat begitu? Nak
cari gaduh ke?” Lantang suara Bienda memarahi Damien.
Damien masih
berlagak selamba. “Aku tak sengaja. Bukan salah aku. Mungkin kaki aku ni gatal
nak pijak kaki kau. Mana aku tahu, kut-kutlah dia dah berkenan dengan kaki kau
tu ... Biarlah mereka nak bercinta ...” Damien sinis menyindir
Mereka yang
melihat kejadian itu dan mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Damien
terus ketawa. Kuat pula tu.
Tawa yang
berderai membuatkan hati Bienda semakin panas. Bulat mata dia memandang Damien
dengan alunan berombak kencang di dalam dada. Bienda menghentak-hentak kakinya
seperti budak-budak
“Hoi Dammy
... kau ingat aku ni budak-budak ke hah! Cakap mengarut-ngarut. Kalau kaki aku
ni pandai bercakap dan mempunyai perasaan dia tak kan pilih kaki kau yang
pekung tu ...” Bienda semakin menyinga menahan marah dan malu diketawakan
begitu. Hatinya betul-betul sakit kini.
“Amboi! Mana
kau tahu kaki aku pekung ke tidak? Cuba cium tengok, baru kau tahu bertapa
wanginya kaki aku.” Damien tidak kurang hebatnya.
“Kurang
ajar! Kau nak suruh aku cium kaki kau? Kau ingat aku ni apa? Kucing kurap kau?
Hoi! Kucing kurap pun tak lalu nak cium kaki kau tahu?” Bienda sudah pun
melenting. Kata-kata Damien bagaikan panah yang menusuk di dalam tekak.
Dambaan Pilu
Penulis : Ebriza Aminnudin
Edisi Pertama
Cetakan Pertama 2004
Ghostwriter
(357 page)
SINOPSIS :
Persahabatan
akrab antara Dalinda dan Damien terjalin semenjak di tingkatan satu lagi.
Namun, panas belum tentu ke petang. Kehadiran Erdiana merubah segalanya.
Persahabatan yang erat menjadi renggang, lalu Dalinda membawa diri setelah
menyedari cinta tulusnya terhadap Damien tidak berbalas.
Tetapi kisah
mereka tidak berakhir di situ setelah bertemu semula di menara gading. Cinta
yang hilang serinya dahulu berbunga kembali. Namun, pada ketika itu Dalinda
sudah pun dimiliki Nirul Nizam. Sanggupkah Nirul Nizam mengorbankan cinta
sejatinya untuk menyerahkan kembali Dalinda pada cinta pertamanya? Atau, Nirul
Nizam cuba untuk mempertahankan cinta tulusnya itu? Siapakah pilihan Dalinda di
antara mereka berdua? Siapakah yang berjaya memiliki cinta suci Dalinda?
PROMO -
DIALOG :
“Dell, tak
nak pergi ke kelas ke? Dah lambat ni ...” Naida Hazni yang sedang menaiki
tangga melaung kuat.
“Naklah ...
tengah tunggu lif.” Dalinda membalas.
“Tak payah
tunggulah. Kalau tunggu sampai ke tualah kau tak ke kelas. Lif tu rosak. Apa
lagi ... jomlah panjat tangga.” Keterangan Naida Hazni membuat mereka mengeluh
panjang.
“Tak
laratlah macam ni ...” Isma Shalinoor terus bersuara.
“Larat ke
tak, korang kena panjat juga. Cepatlah!” Naida Hazni menggesa mereka bertiga.
Mereka
membuntuti Naida Hazni yang sudah pun kepenatan Tengah mendaki tangga menuju ke
tingkat tiga belas, entah daripada mana Si jejaka datang terus mengusik Si
Dara.
“Lif rosak
ke Dell? Kesian ... terpaksa mendaki ke level tiga belas.” Selamba Damien
memasukkan jarum usikannya.
Dalinda
menjeling. Dahlah kepenatan, dia pula cari pasal.
“Dah tak
berdaya bersuara ... kan orang dah cakap, level lapan tu lagi selamat. Ni pun
ada hal nak ke level sebelas.” Damien terus menebarkan usikannya setelah tidak
mendapat respon daripada Dalinda. Dalinda sudah hangat hati dalam kepenatan
yang melanda.
“Tolong diam
sikit boleh tak? Bisinglah” Dalinda akhirnya bersuara dengan nada tinggi.
“Eh, kita
punta mulut, kita punya sukalah ... Alhamdulillah sampai juga ke level sebelas.
Orang tu kena menapak lagi dua level. Jangan sampai semput, dah laa. Bye Dell.”
Damien melempar senyuman sinis.
Dalinda
ingin meneruskan pendakiannya tapi langkahnya terpaksa diberhentikan kerana ada
suara memanggil namanya.
“Dell!”
Damien memanggilnya semula.
Dalinda
berpaling, “Nak apa?”
“Amboi ...
garangnya?”
“Malaslah
nak layan kau.”
“Kejaplah
...” Damien menghampiri Dalinda.
Dalinda
terus menanti butir bicara Damien. “Bye ...” Kemudian Damien melangkah pergi.
“What? Nak
cakap tu je? Nak kena dah budak sekor ni. Sakitnya hati aku!” Dalinda semakin
bengang lalu langkahnya diatur mencari Damien.
Setelah
melihat kelibat Damien, Dalinda terus mempercepatkan langkahnya. Apabila dia
sudah betul-betul sampai. Dalinda menepuk bahu Damien.
Damien
berpaling lalu dengan pantas Dalinda menarik hidung Damien yang sememangnya
menjadi kegemaran Dalinda sejak daripada dahulu lagi. Damien kaget.
Prince
Penulis : Maria Farinna Zainal Abidin
Edisi Pertama
Cetakan Kedua 1995
Creative Enterprise Sdn Bhd
(112 page)
Dia gadis tomboy. Digilai oleh dara-dara. Nakal dan
menghiburkan. Si gadis bermata biru menjadi pujaannya, membuai lena
tidurnya.Namun bahtera cinta akhirnya karam lantaran kehadiran si teruna
merubah warna kanvas hidupnya.
Sebuah Puisi Di Bulan Februari
Penulis : Maria Farinna Zainal Abidin
Edisi Pertama
Cetakan Kedua 2000
Ghostwriter
(124 page)
Suraya!
Nama tidak selembut orangnya...
Kasar, Ranggi, Rembat motor lagi, You.
Namun dengan cinta yang lahir,
Akan kubentuk dia...
Selembut bidadari kayangan...
Mr. Nice Guy
Penulis : Zuraidah Othman
Edisi Kedua
Cetakan Kedua 1999
Ahadiat Akashah The Writer Sdn Bhd
(195 page)
Dia jejaka
garang tak terkata, rupa paras ada sikit harga, bicara tak pernah jiwa-jiwa,
tapi hati begitu sempurna, Mr. Nice Guy...lu orang kenal ke?
Why Me?!!
Penulis : Zuraidah Othman
Edisi Pertama
Cetakan Kedua 1999
Ghostwriter
(148 page)
Dahlah dulu
aku umpat keji anak dia. Bila budak tu dah besar, dah cantik aku pinang. Dah
tentu orang mengecap aku tak tahu malu. Pulak tu menjilat ludah sendiri…
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehi sis, masih jual lagi buku2 pre-loved?
ReplyDelete