Hujan di luar semakin lebat mencurah. Dingin penghawa di dalam kedai terasa sampai ke hulu hati. Sepi sungguh terasa hari ini. Cawan kopi panas dipegang untuk mencuri sedikit kehangatannya.
Asap kopi panas itu seperti menari-nari didepan mata hingga membawa ke suatu tempat yang sangat dirinduinya.
"Fasha!" terpana satu kelas melihat wajah mencuka Adira. Kotak hadiah yang penuh berisi batu dan beberapa ekor lipas plastik dilemparkan keatas meja.
Terburai semuanya.
"Ni kau punya kerja kan?" soal Adira geram.
Pergh, sedap mulut kau saja nak tuduh orang. Kau ingat aku tak ada kerja lain ke? Desis hatinya.
"Kau dah kenapa main tuduh-tuduh ni?" panas hati mendengar tuduhan tanpa usul periksa Adira.
"Kau tak payah nak tipu aku lah. Dalam sekolah ni kau sahaja yang tak ada kerja lain!" marah Adira.
"Woi! cikgu datang, cikgu datang!" jerit ketua kelas dan berlari ke tempat duduknya. Melihat keributan ketua mereka, yang lain turut berlari juga ke tempat duduk masing-masing.
"Kau jaga! hal kita belum selesai!" Adira memberi amaran sebelum keluar meninggalkan bilik kelas.
"Dah kenapa itu mak cik?" soal Audrey pelik memandang Adira yang berlanggar bahu dengannya. Kasar.
Dengan laju dia menolong mengemas meja yang bertaburan batu dan lipas plastik.
"Lantaklah dia... datang bulan kot?" jawabku malas.
"Apa itu datang bulan?" soalan Audrey membuatkan aku menepuk dahi. Ayo amoi, datang bulan pun tak tahu ka?
"Bangun!" Mirul sebagai ketua kelas menjalankan tugasnya. Cikgu Khaty melangkah masuk dengan muka ketatnya. Hilang sudah tentang datang bulan. Hilang sudah pasal Adira. Apa lagilah yang tak kena dengan mak tiri ni? Masam mencuka. Pasti satu kelas akan kena maki hamunnya hari ini. Nasib kaulah nak!
Bunyi loceng rehat melegakan semua pelajar dikelas. Akhirnya penyiksaan mereka berakhir untuk hari ini. Hilang sahaja bayang Cikgu Khaty semua dengan pantas berlari meninggalkan kelas.
"Sha, apa kena dengan Adira tadi?" soal Maya, budak kelas sebelah. Datang tak dijemput, salam tak diberi, pakai serbu sahaja yang kau tahu kan? Dasar satelit bergerak. Semua hal kau nak ambil tahu kan? Menyampah.
"Wei, tak payah nak sibuk hal orang. Kau jaga tepi kain kau sudah" sergah Fika yang datang entah dari mana. Dibelakangnya Zara dan Atie yang sedang bercekak pinggang. Dah macam samseng kampung dusun aku tengok.
"Aku tanya jer, yang kau pula melebih dah kenapa?" bidas Maya terus berlalu meninggalkan kami.
"Kau orang ponteng kelas lagi ni kenapa? Hari ini siapa pula yang sakit perut?" Sinisku.
"Aku ajak kau sekali kau tak nak. Yelah, budak baik macam kau mana nak ikut kita orang, kan...?" sindir Fika. Pedih masuk ke hulu hati. Tapi aku pekakkan telinga ni. Fika memang terkenal dengan mulut lancangnya. Tapi sebenarnya hati dia baik.
Tapi itulah, mulut dia memang ramai yang tak tahan. Hati kering macam kita orang sahaja yang dah kebal dengan perangai dan mulut dia tu.
"Dah...dah. Jomlah rehat. Aku lapar ni..." Zara merengek. Anak mak ni memang tak boleh tahan lapar.
"Kejap, kejap... sebelum tu. Aku nak tanya pasal Adira. Kerja kau orang kan?"
"No!" serentak mereka menjawab. Tanpa teragak-agak. Terjenggil biji mata mereke semua memandang aku.
"Habis kerja siapa?" Aku memandang wajah mereka bertiga dihadapanku dengan penuh curiga. Wajah yang paling mencurigakan aku tenung tajam.
"Bukan aku..." ucap Zara. Tapi mata kami sudah tertancap tajam kearah wajahnya yang kaget. Zara manusia yang paling tak pandai menipu. Reaksinya sahaja sudah tahu ada sesuatu yang dia sembunyikan.
"Bukan akulah...aku tak tahu..." ucap Zara lagi. Tapi kami hanya tersengih memandang antara satu sama lain.
"Zara..." panggilku dengan nada ugutan.
"Okay, okay... tapi memang bukan aku" ucap Zara tegas.
"Jadi siapa?" soal Fika geram bila Zara seakan mahu berahsia dengan kami.
"Abon... aku nampak dia letakkan kotak tu dalam meja Adira sebelum cabut dengan kau orang tadi" jawab Zara teragak-agak.
"Abon!" Sejujurnya kami memang terperanjat. Kenapa Abon bagi Adira kotak tu? Sejak bila mereka bermusuh. Lagipun mereka rakan sekelas kot. Abon dan Adira. Wow, itu pelik. Memang pelik.
"Apahal sebut nama aku ni?" ulam dicita pucuk mendatang. Eh, eh... betul ke tu. pucuk dicita ulam mendatang? Ulam dicita pucuk mendatang? Hah, lantaklah. Tertuduh dah didepan mata. Sudah masanya untuk soal siasat bermula. Aku tersenyum memandang Fika. Seperti biasa, dia tahu kerjanya.
"Lah, sebab tu jer ke?" soal Fika tak puas hati.
"Itu aje kau kata? Wei, dia malukan aku depan Liana. Liana..." ucap Abon tidak puas hati.
"So what dengan Liana?" Fika masih tidak faham. Lambat. Hati batu macam kau memang susah nak terangkan bab hati dan perasaan macam ni.
"Dia suka si Liana . Si Abon ni suka dekat Liana. Faham...?" soal aku pada Fika yang masih berkerut-kerut keningnya sebelum memandang kembali ke wajah Abon.
"Bon, betul ke? Kau suka Liana?!" Ada rasa nak ketuk tak kepala si Fika ni supaya cepat peka dengan sensitiviti manusia di sekelilingnya? Dahlah suara sekuat alam. Tak faham-faham. Minah Blur!
"Kalau ya pon tak payah lah kau tolong aku buat announcement kat sini" sindir Abon.
"Opss, sorry..." Fika menutup mulutnya tanda sedar keterlanjurannya.
"Abis macam mana dengan Adira sekarang ni? Dia memang ingat kau yang bagi kotak tu, Sha. Kalau dia balas dendam, macam mana?" Atie mula risau tapi soalannya aku pandang sepi.
Malas aku nak layan perangai tidak semegah mana Adira. Dari dulu dia memang tak suka dengan aku. So, kotak tu bukan salah satu sebab sahaja untuk dia balas dendam.
"Sorry, Sha..." Abon terasa bersalah. Aku pandang mereka dengan senyuman.
"It's okay lah beb, biarkanlah dia..." walaupun kata-kata itu langsung tak menyakinkan mereka.
"Dah Abon, belanja aku makan hari ini. Tiba-tiba terasa lapar pula...." topik dendam ni seharusnya dihapuskan secepat mungkin. Malas aku nak fikir sangat. Lagipun trial SPM dah nak dekat. Dari fokus bab dendam baik aku fikir bab exam. Satu benda pun aku tak prepare lagi. Jahanam!
"Satu khemah muat untuk empat orang sahaja satu kumpulan" belum sempat lagi Cikgu Mariam menghabiskan kata-katanya semua sudah sibuk berbincang tentang ahli kumpulan mereka. Pasti sahaja ahli mereka dari teman-teman rapat. Siapa pula yang mahu tidur dengan seteru.
"Diam! Dengar sini saya tidak mahu kamu yang tentukan siapa ahli kumpulan kamu. Saya akan tentukan. Dengan cabutan" tegas Cikgu Mariam. Walaupun semua sudah riuh rendah tidak bersetuju dengan cara Cikgu Mariam menentukan ahli kumpulan mereka.
Ketukan rotan dimeja menghentikan kebingitan suara pelajar. Cikgu Ramli berdiri tegak dihadapan mereka kini mencipta gerun dalam hati semua pelajar. Tiada siapa kini yang berani membantah.
"Baik semua. Saya mulakan dengan kumpulan pertama. Sebaik sahaja awak berkumpul di khemah yang ditetapkan. Pastikan perbincangan tentang nama kumpulan dan persembahan untuk malam terakhir nanti dibuat. Faham!" arah Cikgu Mariam.
"Faham!" jerit semua pelajar dengan pelbagai intonasi.
"Farid, bawa kotak tu ke mari" arah Cikgu Mariam. Farid, Ketua Pelajar sekolah yang sentiasa mendapat pujian cikgu dan gadis-gadis di sekolah. Entah apa-apa mereka ni kan? Walaupun, okay lah, boleh tahan kacaklah. But he's not my taste!
"Baik, kita mulakan dengan kumpulan pertama" tangan Cikgu Mariam agak besar untuk masuk ke dalam kotak yang disediakan menyebabkan dia menyuruh Farid yang melakukannya.
Hampir tergelak kami menyaksikannya. Tapi sedaya upaya cuba dikawal tawa supaya tidak terburai keluar. Lagi-lagi bila terpandang kelibat Cikgu Ramli yang masih dalam kawasan dewan lagi.
Kertas berganti tangan. Sempat Cikgu Mariam menyuruh Suraya datang ke depan untuk menulis nama mengikut kumpulan yang ditetapkan. Suraya dengan ayu dan lemah longlai jalan mendekati Farid sambil tersenyum sipu. Amboi...
"Baik, Untuk kumpulan pertama ahli yang pertama..." drum berbunyi dalam hati semua. Pasti semua tidak mahu nama mereka pertama dicabut. Walaupun hakikatnya yang pertama tercabut pastilah dia yang pertama akan lega dengan debaran penantian.
Jangan aku, bukan aku. Jangan....
"Fasha Halim" zups... tertelan air liur mendengar nama dipanggil. Dengan lemah aku bangun dan menjawab panggilan Cikgu Mariam.
"Fasha kamu duduk ke sana sedikit. Nanti semua nama yang dicabut duduk dalam kumpulan terus. Supaya saya tahu nama siapa lagi yang belum dipanggil" sekali lagi arahan diberi.
Dengan langkah longlai aku pergi ketempat yang diarahkan. Sekilas aku terpandang wajah Farid yang sedang tersenyum memandang.
Harap muka sahaja kacak tapi tangan langsung tak bertuah. Punyalah ramai nama pelajar kat sini, kenapa nama aku juga yang kau cabut dulu? Hampeh!
"Baik semua, ahli kedua untuk kumpulan pertama. Noorhayati Ramli..." Aku tersenyum senang memandang wajah Atie yang sedang berdiri. Nama ayah Atie memang Ramli tapi bukan Cikgu Ramli yang garang tadi. Disebabkan nama ayahnya, dia selalu diejek terutama oleh pelajar lelaki yang kononnya dia anak terbuang Cikgu Ramli. Jahatkan?
Fuhh, tapi nasib baik Atie ada. Legalah aku sikit ada kawan baik dalam satu kumpulan. Tak lah nanti aku mati kutu melayan karenah budak-budak lain.
Walaubagaimanapun aku masih berdoa tiada manusia bernama Adira 'or and the gang' di dalam kumpulan aku. Kalau tak memang parah lah aku nak menghadap kem motivasi tiga hari dua malam ini. Bahana!
"Aulia Zara! Aulia Zara binti Mohd Salim..." nama Zara dipanggil menghentikan langkah Atie yang berpaling memandang belakang. Aku juga mencari-cari wajah Zara dalam puluhan pelajar yang masih duduk bersila.
"Aulia Zara!" sekali lagi nama Zara dipanggil tapi susuk tubuh empunya nama masih belum muncul lagi. Hati tertanya, bukankah Zara tidak dibenarkan mengikuti kem motivasi ini? Tapi kenapa namanya masih tersenarai.
"Saya cikgu! kejap!" jerit Zara dari pintu belakang dewan. Dengan beg tariknya dia berlari kearah Cikgu Mariam yang mengeling kepala memandangnya.
"Kenapa lambat? awak tahukan pendaftaran tutup pukul sembilan pagi tadi. Sekarang dah pukul berapa?" Marah Cikgu Mariam.
"Mak saya tu..." ucap Zara sambil memuncungkan bibirnya kearah ibunya yang sedang bercakap dengan Cikgu Ramli. Mungkin ibunya ada alasan yang kukuh sehinggakan Cikgu Ramli mengangguk dan memberikan arahan kepada Cikgu Mariam supaya melepaskan Zara dari hukuman.
Dengan senyuman Zara berjalan mengikuti langkah Atie. Dengan beg tarik dan kipas ditangannya membuatkan ada segelintir pelajar sedang berbisik-bisik memandangnya. Dasar Diva!
"Kau ni nak tidur tiga minggu ke tiga malam?" sindiranku diejek dengan jeliran lidah. Aku menjeling tajam. Walaupun dalam hatiku sedikit lega kami bertiga sudah disatukan cuma nama Fika sahaja yang belum dipanggil lagi.
"Hopefully Fika"
"Fika...Fika...Fika..." bisik Zara dan terus berharap bila Cikgu Mariam membuka lipatan kertas nama ditangannya.
Dup...dup...dup...
"Nur Afikah Rahmat!"
"Yes!" kami bertiga terjerit kecil sambil ketawa perlahan. Fuhh, lega akhirnya. Ini dikatakan kalau jodoh tak kemana. Dah memang jodoh kami sentiasa bersama. Seakan sama dengan mantera yang selama ini kami laungkan. Sentiasa bersama, susah senang pasti bersama.
High Five Semua!
Aku memandang Farid sambil tersenyum.
Sorry... Aku tarik balik sumpah aku. Tangan kau memang bertuah. macam muka kau. Ucapan yang hanya terkeluar didalam hati. Diiringi dengan tawa syaitan yang juga hanya didengar oleh sang hati.
"Wei, kau main mata dengan Si Farid tu ke?" soal Fika yang baru tiba ke tempat kami.
"Mana ada. Kau ni buat cerita je tahu..." bidasku.
"Yelah tu mana ada. Yang tersenyum simpul tu apa?" soal Fika tidak puas hati.
"Biar betul kau suka kat Farid tu, Sha? Makin makan hatilah Adira nampaknya..." Zara makin mengusutkan suasana.
"Makin bencilah Adira dengan kau..." Atie menambah.
"Tak ada maknanya. Jangan buat kesimpulan membabi buta ya korang, aku cili nanti mulut tu sorang-sorang..." geram melihat kawan-kawan yang suka menyakat. Rasa nak sahaja aku baling beg yang seberat guni beras ni ke muka mereka. Baru puas hati.
Nak beramah mesra sedikit pun tak boleh.
Suasana didewan riuh kembali bila diantara nama pelajar perempuan tiba-tiba terselit nama seorang pelajar lelaki. Memang jadi bahan sakatlah dia nanti sampai hujung penggal ini. Siapalah punya tangan yang tersalah masukkan memang punca malang kepada si mangsa.
Selesai sudah sesi cabutan setelah semua nama pelajar telah dipanggil dan dibahagikan mengikut kumpulan. Untuk sesi yang terpilih, kumpulan pelajar perempuan perlulah berganding tenaga dengan kumpulan pelajar lelaki.
Kumpulan pertama pelajar perempuan dengan kumpulan pertama pelajar lelaki.
Cuba teka dengan siapa kami kena berkolabrasi?
"Hi, korang..." Abon menyapa sambil terus duduk berhadapan dengan kami.
Siapa lagi, kalau bukan 'partner of crime' kami. Dia yang buat, aku yang kena tangung. Manusia macam ni pun ada wujud kat muka bumi rupanya.
"Assalamualaikum Burhan, sihat?" sindir Fika dengan gaya ustazahnya. Abon hanya tersenyum simpul memandang cik ustazah rock dihadapannya. Atie dan Zara hanya menjadi tukang gelak dari tadi. Aku pun sama.
Farid, Helmi dan Akid datang menyusul dan berdehem membuatkan semuanya terhenti gelak. Sopan tetiba.
"So, dah fikirkan nama kumpulan?" soalan Farid membuatkan Atie, Zara dan Fika memandang wajah aku. Tak lupa juga Abon.
Dah kenapa? Apasal aku pula yang kena menjawab kalau dah kau orang dari tadi yang duduk bergelak sakan. Panas!
"Belum. Nantilah kita orang bincang. Perempuan lain lelaki lain kan?" tengok aku pula yang kena menjawab. Kau orang semua dah bisu ke apa?
Laju mata aku menjeling yang lain. Semuanya hanya duduk tersengih memandang.
"Tak lah cik adik oi, satu kumpulan satu nama. Kiranya kita ni satu kumpulanlah. Kalau ada aktiviti berasingan pun kita tetap akan gunakan nama kumpulan yang sama. Cuma beza lelaki dan perempuan sahajalah..." jelas Farid.
Ishh, ni yang aku tak suka. Tak payah nak mengayat sangatlah cik abang oi, hati aku tak cairlah dengan ayat-ayat manis berbunga-bunga ni.
"Owh, macam itu ya? Jadi nak letak nama apa?"
"Kita bincang sama-sama. Awak rasa nama apa yang best?" soalan dibalas dengan soalan.
"Aku tak kisah. Kau orang nak letak nama apa?" soal aku pada yang lain.
"Lah, aku ingatkan kita orang ni penonton duk dari tadi menjadi pendengar... " belum sempat Fika menghabiskan kata-katanya pen ditangan tepat hinggap didahinya. Menjerit dia kesakitan.
"Lain... ada cadangan nama apa yang kau orang rasa nak letak?" dengan pantas aku mencantas sebelum Fika mula bersuara kembali. Aku suruh kau bagi idea nama bukan suruh kau bagi idea untuk mengenakan aku. Nah padan, dahi kau jadi mangsa.
"Apa-apa sahaja ke nama boleh letak?" soal Akid. Aku memandang Farid meminta kepastian. Sejujurnya aku bukan dengar sangat pun tadi waktu taklimat. Orang sibuk bertaklimat kat depan aku sibuk bertaklimat dengan Atie dan Fika kat belakang.
"Setahu aku..." belum sempat Farid menghabiskan kata-katanya. Siren berbunyi tanda pengumuman akan dibuat.
"Setelah perbincangan dibuat, kami guru-guru bersetuju nama kumpulan perlulah daripada nama buah buahan tempatan. Saya ulang, buah buahan tempatan. Dan kumpulan mana yang menyebut terlebih dahulu mereka yang akan menggunakan nama itu. Jadi siapa cepat dia dapat. Faham!" umum Cikgu Mariam.
"Kumpulan lima! Durian!" jerit Azlan.
"Baiklah kumpulan lima, Kumpulan Durian!" Cikgu Mariam membuat pengesahan. Kumpulan lima bersorak riang sedangkan kami masih terpinga-pingga. Buahan tempatan?
"Kumpulan satu!" jerit satu suara membuatkan kami yang terpingga terus terpaku melihat tubuh yang sedang berdiri.
"Pinang!" jerit Abon.
"Pinang?!" jerit kami serentak seakan tidak bersetuju.
"Ku pinang kau dengan bismillah..." sambung Abon lagi membuatkan seluruh dewan tergelak besar.
"Abon!" jerit kami lagi. Geram dengan lawak entah apa-apa yang baru dia cipta.
"Burhan, dah tak ada nama buah lain ke kamu nak bagi pada kumpulan kamu? Banyak lagi buah yang manis ranum kamu boleh pilih. Cari nama lain! Ahli kumpulan satu sekali lagi kalau kawan kamu main-main, satu kumpulan kena denda! Faham!" Cikgu Mariam memberi amaran.
"Faham!" serentak itu juga aku menendang kaki Abon tanda geram.
Akhirnya setelah menjerit-jerit berlawan dengan kumpulan lain. Kumpulan kami berjaya mendapatkan nama manggis.
Manggis. Hitam diluar putih didalam. Seperti kami. Nakal diluar tapi baik hati sebenarnya.
Masuk bakul angkat sendiri. Apa yang susah? Dari tunggu orang lain nak puji baik kita puji diri sendiri. Ya ke idok?

***

No comments:
Post a Comment