Monday, March 13, 2017

DIA... LELAKI ITU? _ (5)


Langkah diatur dengan penuh tertib. Senyuman sudah mula menghiasi bibir. Si jejaka sedang sibuk membelai anak rambut si manis didepannya. Mata si jejaka terpana melihat si dara datang menghampiri. Mata bertentang mata.

Siaplah kau kali ini!

"Hi, you... buat apa kat sini? Bukan outstation ke?" soalan yang penuh dengan santun.

"Ar...ar...you..." tergagap-gagap si jejaka ingin menjawab. Cuba berhelah, mungkin.

""Hi, i'm Fasha and you?" aku dengan laju berpalih pada gadis yang sedang memerhati. Dia tersenyum menyambut salamku. Wajah ayu dan tulus itu tiba-tiba mengundang simpati.

"Hi, i'm Lina. Tunang Ilham. Kawan satu office Ilham, ya?" soalannya benar-benar membuat aku tersenyum lebar.

"Ya, satu office. Sorry, menganggu korang. By the way, i'll need to go now. Kawan dah tunggu" ujarku sambil menunjuk kearah Edwa yang sedang bersandar di kaunter depan.

"Nice to meet you, Lina right?" aku bersalam sekali lagi. Dengan penuh senyuman aku menjeling tajam kearah Ilham yang masih termangu.

Aku melangkah pergi meninggalkan Ilham yang masih termangu dan Lina yang masih tidak tahu menahu. Jatuh simpati aku pada Lina kerana diduakan tanpa pengetahuannya.

Rupanya selama ini, janji-janji dan angan-angan yang dicanangkan adalah cerita dongeng semata-mata. Tunang? Ilham!

Aku menarik tangan Edwa supaya berjalan dengan lebih pantas.

"Itu aja? Apa ni? Sha!" Edwa menarik tanganku supaya berhenti melangkah.

"Siapa perempuan tu? Apasal kau blah macam tu aje? Apasal tak belasah saja Ilham tu? Simbah air ke? Baru puas hati. Ini tak, kau blah macam tu je?" soalan bertalu-talu dari Edwa makin buat aku benggang.

"Tu tunang dia. Dah lah jom... balik rumah nanti aku cerita" ujar aku sambil menarik kembali tangan Edwa supaya melangkah kembali. Edwa hanya menurut.

"Kunci kereta mana?" soal Edwa membuatkan aku merenungnya geram. Kereta kau kot! Tak kan pada aku pula.

"Ok, dah jumpa. Jom..." Tapi baru sahaja pintu dibuka ada sesorang menolak kasar. Kurang ajar!

"Kau nak apa!" hilang segala sopan dan santun. Yang tinggal hanyalah amarah. Dah cukup bagus aku blah macam tu. Kalau aku buat kecoh tadi, kau juga yang malu!

"Bukan you kata nak balik kampung ke? Apa yang you buat kat sini?" Aku memandang Ilham geram. Soalan apa ni? Kau biar betul?

"Nak tengok drama. Nasib baik tak balik hari ini. Kalau tak, tak dapat tengok drama percuma tadi" sindir aku. Geram!

"Drama apa ni! You jangan salah faham boleh tak?" Ilham, dah terang lagi bersuluh. Apa punya sandiwara yang kau nak buat ni? Kau ingat aku bodoh? Aku buta?

"Eh, dah lah. Malas aku nak layan kau ni. Dari kau menyibuk kat sini lebih baik kau pergi layan tunang kau sana" Aku menolak kasar tangan Ilham dan membuka pintu kereta. Tapi sekali lagi Ilham cuba menahan aku dari masuk ke dalam kereta. Main kasar ya!

"You, dengar dulu my explanation. Semua bukan seperti yang you sangka. Percayalah!" pujuk Ilham.

"Wei, dah lah Ilham. Lepaskan Sha!" marah Edwa. Mungkin risau melihat Ilham merentap kasar tangan aku tadi.

"Kau diam! Jangan cuba nak masuk campur!" marah Ilham.

Amboi! Mental ke kau ni!

"Kau tu yang diam! Apa yang kau cuba nak buktikan? Dia bukan tunang kau! Kau bukan tunang dia! Wei, blah lah! Aku tak kisah apa hubungan korang! Aku tak pernah dan tak akan amik kisah!" nah! sarang tebuan jangan dijolok.

"Sha..." Ilham terkedu.

"Aku cuma kesian kat tunang kau, dan terkilan. Terkilan sebab orang yang nampak baik macam kau rupanya perangai tak semengah mana. Kau fikir kau siapa?" soalan aku aju dengan tolakan kasar ke bahu Ilham. Kau ingat aku siapa!

Dengan pantas aku menyelusup masuk ke dalam kereta dan mengunci dari dalam, begitu juga dengan Edwa. Dengan pantas Edwa menghidupkan enjin dan menyelusup pergi meninggalkan Ilham yang masih lagi tidak berputus asa mengejar kereta kami.

Sampai sahaja di rumah aku menjerit memanggil nama Kak Lia.

"Sha, kenapa dok menjerit-jerit ni?" soalan Kak Lia aku biarkan. Dengan air mata yang berjujuran aku memeluk Kak Lia erat. Edwa yang ada dibelakang hanya mengeleng kepala.

Tadi bukan main kental, bukan main gagah. Selamba kau hadap diaorang. Sekarang dah berair mata?

"Dah kenapa ni? Sha? Edwa? Apa yang tak kena ni?" aku masih memeluk tanpa menghiraukan soalan Kak Lia.

"Ilham buat perangai. Dia dah ada tunang rupanya. Kita orang jumpa dia dengan tunang dia tadi. Bukan main mesra. Berpeluk sakan" jelas Edwa.

"Tunang? Ilham?" soal Kak Lia tak percaya. Aku memandang Kak Lia meminta simpati. Kak Lia, Sha teraniaya!

"Lah. Dah tu, kenapa Sha nak nangis sampai macam ni?" Aku terhenti tangis. Biar betul Kak Lia? Mata aku dan Edwa memandang Kak Lia, aneh.

"Kak, Ilham tu dah bertunang. Tapi masih lagi dia dok mengayat Si Sha ni..." Edwa seakan tak percaya dengan penerimaan Kak Lia.

"Yelah dia yang dok mengayat Si Sha ni. Tapi Si Sha dok terayat ke dengan dia?" soalan Kak Lia makin memeningkan kepala Edwa. Kalau tak terayat tak akan lah ke hulu ke hilir berdua?

"Hah, Sha, hang terayat ka? Hang suka ka kat Si Ilham tu? Atau hang saja wat-wat suka...?" nah, ini yang aku malas kalau loghat dia dah keluar.

"Malas lah nak cakap dengan akak ni. Orang tengah bersedih, dia boleh pula tanya suka ke tak, apa punya soalanlah?" aku pantas bangun dan meninggalkan Kak Lia dan Edwa di ruang tamu.

Sampai di bilik aku mengesat air mata yang hampir kering. Kenapa aku tak rasa sedih lagi? Betul ke aku tak suka dengan Ilham? Aku kena tipu kot? Aku putus cinta kan? Woi, hati kenapa kau ni! Nak jumpa psikiatri ke?

"Sha...Oi Sha!" tangan Kak Lia yang menampar lembut pipi gebu ini menyentakkan aku dari lamunan.

"Apa yang hang dok mengelamun tu?" soal Kak Lia geram.

"Tak ada apa-apalah kak, apa dia tadi kak?" Kak Lia memandang aku sambil menggelengkan kepala.

Sesi berborak dan bergosip sudah berakhir. Kini terpaksalah aku melangkahkan kaki juga menemani Kak Lia memborong apa yang patut walaupun perut sudah senak kekenyangan. Hampir tengah malam baru aku sampai ke rumah selepas menghantar Kak Lia pulang.

"Baru balik, kak?" Dina menegur dari dapur.

"A'ah, yang lain mana?" soalku pelik bila hanya terpandang Dina seorang diri.

"Keluar, cari makan katanya..." jawab Dina.

"Owh, tapi bukan korang nak masak ke petang tadi?" soal aku lagi.

"Tak jadi, masing-masing malas pula. Last-last kitaorang order pizza je kak tadi. Tu yang bila dah tengah malam ni lapar balik..." ujar Dina sambil tersengih.

"Owh, macam-macamlah korang ni. Okaylah, akak masuk dulu ya..." ucap aku sambil tersenyum. Ternampak kotak yang terhias nama aku diatas meja sudah berisi, aku berhenti dan mengambil semua isi didalamnya sebelum terus melangkah ke bilik. Dina pula ke ruang tamu.

Memang dalam rumah ini ada satu meja yang diletakkan kotak-kotak yang mewakili nama-nama penyewa. Setiap surat atau barang kami akan diletakkan dalam kotak yang tertampalnya nama kami. Itu semua idea Kak Lia. Walaupun selepas dia pindah kami masih meneruskan tradisi itu.

Lagipun, kotak itu menyenangkan kami. Ialah tak semua balik dan keluar pada masa yang sama. Sikap kerjasama dan bertolak ansur perlu ada bila menyewa beramai-ramai ni. Hanya aku yang sewa seorang sebilik. Yang lain sewa dua orang sebilik. Jadi dengan cantik dan teratur, lima buah kotak tersusun rapi diatas meja.

Kalau aku yang terjumpa dulu surat di peti surat luar, aku akan ambil dan letakkan surat-surat yang diterima ke dalam kotak mengikut nama penerima. Begitu juga kalau yang lain.

Kalau aku pinjam sesuatu seperti pen atau penyepit kuku. Aku akan letakkan sahaja kembali barang tersebut ke kotak tuan empunya. Macam itu sebaliknya. Senangkan?

Aku duduk di hujung katil sambil membaca satu demi satu surat yang aku terima. Semuanya surat hutang. Aku mengeluh.

Surat yang terakhir aku amati depan dan belakang sebelum aku buka sampulnya. Kad jemputan kahwin siapa pula ni?

Majlis perjumpaan? biar betul?

Setelah sepuluh tahun kami meninggalkan sekolah.Kenapa selepas sepuluh tahun? Mana mereka tahu alamat aku?


No comments:

Post a Comment