Thursday, March 2, 2017

02 | DIA... LELAKI ITU?!

"Wei, teman aku pergi mandi jom..." Zara menghidu baju dan seluar yang dipakai. Atie memandang jam tangannya.

"Dah pukul tiga pagi ni Zara, esok sahajalah..." Atie memujuk.

"Tapi aku tak selesalah. Badan aku berbau ni... Kau orang tak bau ke badan aku yang busuk ni?" Zara merengek manja.

"Kau ingat kau sorang sahaja ke yang berbau? Nak bau badan aku? Nah, bau...bau..." Fika mendekati dan memeluk Zara supaya menghidu bau badannya.

"Fika, busuklah. Tepi..." Zara menolak Fika dengan kasar. Sejujurnya Zara memang bukan jenis yang biasa dengan keadaan sebegini.

Tidur dalam khemah. Panas. Tak sempat mandi petang. Berpeluh.

Sebab itu, pada mulanya ibu dia melarang. Tapi disebabkan ini kehendak anak manjanya yang seorang, diturutinya juga. Entah janji apa yang Zara bagi kepada ibu dan ayahnya.

Tapi itu janji Zara. Bagai nak gila dia yakinkan ibu dan ayahnya. Tapi kita orang tahu. Zara dan janjinya...

Zara yang tidak tahan dengan pelbagai bau sekeliling yang menangkap masuk satu persatu ke liang rongga hidungnya, lari keluar dari khemah. Fika yang pada mulanya ingin bergurau turut keluar sama untuk memastikan keadaan Zara.

Aku memandang Atie.

Zara!

Sebelum kami juga turut serta keluar dari khemah.

"Kamu berempat! kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni?" Cikgu Rina yang ditugaskan menjaga kami datang menghampiri. Belum sempat dia mahu meneruskan kata-katanya, Zara sudah mahu termuntah didepan khemah. Kami memandang kaget.

Zara oh Zara, please...bukan depan khemah kita.

Zara menutup mulutnya dan berlari laju, jauh dari kawasan perkhemahan.

Nasib baik. Kalau tidak, tidur malam kami pasti setia ditemani oleh bau muntah Zara.

Oh no!

Bayangkan keadaan padang yang lembap, bau khemah, bau badan manusia yang pelbagai perisa dalam keadaan yang agak sempit dan sendat. Oh my! itu sahaja dah boleh membuatkan korang loya kan? Ni nak tambah dengan muntah Zara yang entah apa campuran baunya tu pula? Seriously! Numb!

Oh, Cikgu Rina!

"Sorry cikgu, Zara dia tak sihat. Dari tadi dia rasa nak termuntah. Tak tahu kenapa, salah makan kot..." tengok, pandai tak cara aku cover korang? Padahal dari tadi yang korang tahu gelak, gosip, gelak, gosip, bergurau. Tidur tak nak!

Atie disebelah mengiakan.

"Lah, kenapa tak jumpa cikgu dari tadi. Mari pergi tengok kawan kamu tu..." Cikgu Rina terus mengatur langkah mencari Zara dan Fika yang entah kemana laju menghilang.

"Dah, lain kali kalau tak sedap badan tu bagitahu awal-awal. Jangan bagi kami risau. Kawan-kawan awak ni pun risau. Sampai terpaksa berjaga kerana awak" bebel Cikgu Rina.

"Betul ni awak dah okay? Tak nak pergi klinik?"

"Pagi-pagi buta ni cikgu? Klinik mana yang buka? Doktor pun dah tidur..." gurau Fika.

"Awak ni, pandai-pandai kata doktor dah tidur. Awak ingat tak ada klinik dua puluh empat jam ke? Hospital tu, dua puluh empat jam ada doktor. Pesakit ada ke tak ada ke? Doktor tetap ada. Setia menunggu pesakit dia, berkhidmat untuk masyarakat tau. Besar pengorbanan mereka..." khutbah Cikgu Rina.

"Cikgu, tanya sikit boleh? tapi personal sikit" Zara tiba-tiba bersuara. Wajahnya yang pucat tadi sudah mula berdarah kembali.

"Apa dia?"

"Boyfriend cikgu, doktor ke?" soalan Zara membuatkan kami semua turut terkedu. Apa punya soalanlah kau ni!

"Awak ni tak sihat macam ni pun boleh main-main lagikan?" tegang muka Cikgu Rina.

"Dah. kalau tak nak pergi klinik, pergi masuk tidur sekarang" Cikgu Rina sudah bangun dari duduknya.

"Pastikan tidur! Sekali lagi saya lalu kat khemah kamu tak tidur lagi, siap kamu semua!" Cikgu Rina memberi amaran.

"Dengan pantas!" jeritan Cikgu Rina membuatkan kami yang masih lemah melangkah, terus berlari ke khemah.

"Ni semua kau punya pasal lah. Yang pergi sibuk jaga tepi kain cikgu tu kenapa? Biarlah dia nak bercinta dengan doktor ke, dengan peguam ke? Yang kau peduli tu pasal apa?" bebel Fika.

"Aku tanya jer. Bukan main dia bangga dengan kerjaya doktor tu, mesti ada apa-apa. Betul tak, Sha?" Zara memandang aku yang sedang sibuk mengemas untuk berbaring.

"Apasal pula aku. Mana lah aku tahu..." kata-kata aku membuatkan Zara menjuihkan bibirnya.

"Dah, jom tidur..." Atie sudah memejamkan matanya. Zara dan Fika akhirnya turut baring bersama.

"Bilalah lagi kita dapat tidur bersama macam ni kan? Tak lama lagi SPM. Lepas tu entah ke manalah kita nanti kan?" ujar Fika dalam matanya yang sudah dipejam.

"Aku nak jadi Fashion Designer. Aku nak jadi terkenal dan buka butik. Yang datang semuanya artis dan orang kenamaan..." ujar Zara.

"Aku pula nak jadi setiausaha dan jatuh cinta pada boss aku yang kaya dan handsome bergaya. Apa sahaja yang aku nak dia dapat berikan. Minta, dapat. minta, dapat..." kata-kata Atie membuatkan aku terkedu. Biar betul budak ni?

"Itu kalau boss kau muda, handsome. Kalau tua ganyut dah nak mampus. Kau nak juga ke?" soalan berapi Fika membuatkan Atie membaling sesuatu padanya.

"Wei, sakitlah!" jerit Fika.

"Shhh, diamlah. Nanti kita kena tangkap, kena denda, siapa yang naya?" Aku memberi amaran.

"Kau pun Atie banyak sangat baca novel, tengok drama. Tu yang berkhayal jauh sangat..." Aku bersuara perlahan.

"Tapi kan best kalau korang duduk serumah, aku pun nak ikut juga. Boleh duduk sama-sama. Mesti seronok kan?" Fika juga turut berkhayal.

"Of course lah. Ada aku, ada Atie, ada Sha. Wah, mesti happening kan? Hujung minggu pergi shopping. Yeah!" jerit Zara perlahan. Takut kalau suaranya kedengaran.

"Kita buat jadual, hari ini kau kemas, aku masak. Esok Sha kemas, Fika pula memasak. Lepas tu kita gilir-gilirlah..." Atie terus mula berangan membina impian.

"Aku tak nak lah makan Sha masak. Ntah apa-apa nanti dia bagi aku makan. Hari tu aku datang rumah dia makan maggie dengan sayur apa ntah. Pahit gila, kelat pula tu..." rungut Fika.

"Owh, hari tu aku ingat kangkung rupanya mak aku cakap sayur ulam. Apa ntah nama dia.... burung apa ntah" Aku tersengih sambil mengaru kepala yang tak gatal.

"Kangkung? sedap ke kangkung letak dalam maggie?" soal Zara.

"Itulah, Sha ni! Bab masak memang aku tak percaya kalau bagi kat dia. Bab mengemas bolehlah, dari aku..." sambung Fika lagi sambil tersengih.

"Ok, Sha kita jangan bagi dia memasak. Kita bagi dia mengemas. Alah, tapi kalau payah kita makan kedai sudah..." jawab Atie.

"Alah, kita kan dah ada duit. Kita ambillah orang gaji. Ada orang mengemas, memasak. Kita balik semua dah siap tersedia, terhidang. Kemas, bersih. Kita pun tak payahlah penat-penat nak buat kerja rumah" Zara pula bersuara.

Amboi!

"Banyak duit kau nak ambil orang gaji?" soal aku pula.

"Alah, kita share lah. Kan kita duduk serumah..." jawapan Zara ada musabahnya juga.

"Aku nak duduk apartment. Naik lif, ada balkoni. Boleh tengok permandangan waktu malam" ujar Fika.

"Aku nak bilik sorang satu tau. Tak nak lah share..." ujar Zara pula.

"Aku nak rumah interior modern, simple but nice..." ujar aku pula.

"Atie kau pula?" Fika memandang Atie dalam samar cahaya dari luar.

"Aku nak bilik air sendiri tak nak share dengan korang. Busuk..." kata-kata Atie membuatkan kami mencebik.

Macamlah kau buang tak berbau!

Sepanjang pagi kami berceloteh tentang cita-cita dan impian. Tentang harapan dan masa depan. Tanpa sedar masa sudah berlalu begitu pantas. Seperti berlalunya malam meninggalkan bulan.

Tanpa sedar aku tersenyum sendirian. Khayalan aku turut ikut menari-nari dengan asap kopi panas.

Indahnya zaman itu.

Tekanan macam mana pun, kami tetap mampu tersenyum. Sakit macam mana, kami tetap mampu berlari. Sentiasa berjuang walaupun kadang kala kami sedar bahawa tingkah kami juga ada salahnya. Adakalanya kami bergaduh, menangis tapi kami tetap kembali ketawa bersama.

Oh, kalaulah masa dapat diputarkan kembali...

Bunyi telefon menyedarkan aku dari lamunan. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon dari beg tangan yang berada disebelah. Nama di skrin aku baca sebelum bersedia untuk menjawab panggilannya.

"Ya, Hakimi. Aku dah tinggalkan hard disk kat atas meja. Kau semaklah dulu. Nanti kejap lagi aku masuklah office. Boss tak bising kau pula yang lebih. Mengada betul..." dengan laju aku mencampak kembali telefon ke dalam beg tangan.

Baru nak mencipta ketenangan ada sahaja yang menggangu. Hidup kalau tak stress bukan nama kehidupan agaknya?

Aku memandang jam tangan. Pantas sungguh masa berlalu. Sekejap sahaja masa rehat aku habis. Kini aku perlu kembali semula ke pejabat. Semua ingatan tentang masa silam turut tenggelam bersama bayangan timbunan kerja yang tak pernah surut.

Keluhan pun dah tak bermakna apa-apa, inikan pula rungutan. Yang ada hanyalah tekanan.

Antara kehidupan, kerjaya dan keluarga.

Bersediakah kita?

No comments:

Post a Comment