Kata orang,
Angin
menyampaikan seribu satu kisah.
Kisah Sang
pelangi yang hadir memujuk Si Awan yang sedang menangis,
kerana
nakalnya Si Petir dan Si Guruh.
Setianya
Sang Pantai menemani Sang Lautan,
tapi cemburu
pula Si Ombak yang sentiasa menghempas.
Manisnya
pasangan belangkas,
sentiasa kemana
sahaja pasti bersama.
Bingitnya
suara Sang Kelicap,
yang ada sahaja
serba tak kena.
Berbudinya
Si Mentari dan Sang Bulan,
sentiasa
berbakti tanpa keluhan,
Redupnya
Sang Langit memerhati Si Bumi,
walaupun
jauh tak tergapai tangan.
Itu kisah
mereka, yang sentiasa dibawa oleh Sang Angin,
Bertiup
sayup ke jiwa setiap insan yang masih lagi bernyawa,
Supaya
dijadikan pedoman buat semua,
Setiap
perkara pasti ada baik dan buruknya.
No comments:
Post a Comment