"Sha dah pukul berapa ni? tak balik lagi?" ujar Hakimi dari muka pintu bilik.
"Aku nak siapkan ni lagi sikit. Kau dah nak balik ke?" aku memandang Hakimi yang sedang bersandar di muka pintu.
"Dah pukul berapa dah ni. Aku ni ada anak bini. Lainlah macam kau, nak stay sampai pukul berapa pun tak ada orang nak marah..." zupp, tepat menuju ke jantung aku. Berdarah.
"Yelah, orang ada anak bini kan. Aku ni pula, anak tekak adalah. Dah, pergi baliklah cepat..." halau aku. Menyemak lagipun kau ada lama-lama kat sini. Stress!
"Woi, halau nampak? Janganlah marah. Aku gurau je..." Hakimi tersenyum. Aku yang malas sudah melayan hanya berdiam. Fail ditangan aku selak dan semak.
"Itulah, aku nak pinang kau dari dulu kau tak nak. Cuba kau setuju, tak payahlah kau meroyan tiap-tiap hari macam ni..." gurau bagi Hakimi tapi tidak lagi bagi aku.
"Encik Hakimi Bin Ali, kalau kau rasa anak bini kau kat rumah tu sedang setia menunggu depan pintu. Sila balik tanpa pandang ke belakang lagi. Dipersilakan..." kali ini mata aku sedang memandangnya tajam.
Hakimi mengangkat dua tangannya tanda mohon ampun. Dia mengundurkan langkahnya tapi tiba-tiba berhenti dan memandang aku kembali.
"Sha, sudah-sudahlah tu. Buang ego kau. Sampai bila kau nak membujang? aku tengok kau ni bukan tak laku. Tapi tulah..." belum sempat Hakimi mahu menghabiskan kata-katanya aku menutup fail dengan kasar. Cari gaduh betul mamat ni!
"Ke, kau sebenarnya... ada tunggu seseorang...? siapa dia? aku kenal ke? putera raja mana?" soalan Hakimi membuatkan aku makin naik hantu.
"Hakimi! Please!" jeritan aku memeranjatkan Hakimi. Selama ini gurauannya hanya dipandang kosong. Paling tidak hanya wajah memualkan sahaja aku tunjukkan. Tapi hari ini satu tengkingan tepat pada wajahnya.
"Go! Just go... please!" mukanya sudah tidak aku pandang. Gengaman padat terlepas diatas meja. Entah dengan wajah apa? dengan riak apa? dia pergi. Sedikit pun tidak aku pandang.
Aku pandang fail yang berterabur diatas meja. Sepi.
Niat untuk menyiapkan kerja yang ada, terbantut sudah. Semangat yang ada, hilang. Yang tinggal hanya api yang masih membara.
Kata-kata Hakimi terngiang-ngiang kembali.
Ke, kau sebenarnya... ada tunggu seseorang...?
Aku padam komputer sebelum mengambil apa yang penting di atas meja. Dengan laju aku menekan pedal minyak tanpa aku sedar aku sudah berhenti didepan rumah yang sunyi sepi.
Dengan lemah aku melangkah masuk. Sunyi. Mana pergi semua? Aku pandang jam tangan. Sudah lewat, pasti semua dah tidur.
Kalau dulu rumah sewa tiga bilik ini, aku sewa dengan Kak Lia dan Edwa. Tapi lepas Edwa ambil keputusan untuk sambung belajar dan setahun lepas tu Kak Lia pula berkahwin, penyewa rumah ini sentiasa bertukar ganti. Hanya aku sahaja yang sudah kekal bertahun-tahun.
Nak sewa seorang, tak mampu. Hal maklumlah, rumah sewa makin lama makin mahal, bukan makin murah. Kos hidup pula makin tinggi. Nak bayar itulah, nak bayar inilah. Belum lagi kos bayaran pinjaman pelajaran. Makin tinggi belajar, makin besar hutang!
Teringat impian yang selalu diangan-angankan Fika, Zara dan Atie. Kalau diikutkan untuk capai impian tu semua, kena cari sugar daddy lah kita orang. Dengan gaji lepasan ijazah macam aku ini. Manalah mampu nak sewa apartment empat bilik tidur, empat bilik air, ada balkoni siap dengan pemandangan malam yang indah... dan ada lagi, hiasan dalaman berkonsepkan moden konon. Simple but nice. Oh My!
Rindu dekat diaorang. Entah apalah cerita agaknya.
"Sha, kau pergi mana lagi hujung minggu ni?" soal Zara. Muncung bila cadangannya ditolak Fika mentah-mentah.
"Jumpa boyfriend dialah tu..."ujar Atie.
"Kau ni belum pun habis belajar dah menggatal nak bercinta, berdating semua. Esok belajar tak abis dah sibuk nak kahwin..." Fika, kalau tak pedas kata-katanya bukan Nur Afikah Rahmat lah nama dia.
"Fika!" selaju itu satu tamparan hinggap di bahunya.
"Sakitlah!" jerit Fika.
"Dah mulut kau tu lancang sangat. Aku jumpa dia sebulan sekali pun payah tau. Korang ni aku jumpa tiap-tiap hari tak pula bising" Aku bersuara sambil duduk bersila disebelah Atie.
"Kau dengan aku satu sekolah, satu kelas. Memanglah hari-hari jumpa. Kau tak nak jumpa pun terpaksalah kau hadap muka cantik aku ni. Kecuali kau pindah masuk sekolah dia lah..." ujar Fika.
"Kau gila, dia sekolah lelakilah. Asrama pula tu..." bidasku.
"Dah tu..." Fiza mengejek.
"Kau pun satu. Aku pelik. Punyalah banyak lelaki dalam sekolah ni. Kenapa dari sekolah luar tu juga kau nak?" Zara pula bersuara.
"Yelah Sha, tak akan seorang pun kau tak berkenan dalam sekolah ni?" soal Atie pula.
"Dah tak ada yang sejiwa dengan aku nak buat macam mana?" ujarku.
"Sejiwa konon. Tapi nak jumpa susah. Orang lain bercinta... tengok sana tu" Zara tiba-tiba menuding jari kearah yang dikatakan. Terlopong kami bertiga memandang dengan pantas seperti terpukau dengan jari runcingnya itu.
"Pergi sukan ada yang temankan. Waktu rehat ada yang tolong beraturkan. Tengok-tengok, amboi siap bersuap bagai. Kalaulah Ustazah Rohani nampak memang jadi isulah korang kat perhimpunan minggu depan..." bebel Zara.
Bab ni memang boleh tabik dengan mata helang Zara. Tajam. Macam manalah dia boleh perasaan pasangan romatik kat hujung padang tu. Jauh kot dari kita orang!
"Sebab tulah aku tak suka berpasang-pasang kat sekolah. Nak kena berkepit dua puluh empat jam. Rimas siot..." ujar aku lagi.
"Kau tu bukan rimas berkepit. Tapi rimas kalau tak boleh meliar biji mata pandang lelaki lain kan?" soalan Fika dah macam nak tikam kawan sendiri.
"Kau Fika, cakap tu biar tengok-tengok sikit. Salah orang lah kau ni. Itu bukan aku, Zara mungkinlah..." Zara yang sedang minum tersembur keluar air dari mulutnya membuatkan Atie dan aku didepan bangkit bangun dengan laju mengelak.
"Zara! kau dah kenapa?" jerit Atie geram bila ada percikan air yang terkena diseluarnya. Fika yang selamat bergelak sakan melihat muka kedut aku dan Atie.
"Sha lah, aku tengah minum disebut pula. Tersedaklah!" Zara melepas geram.
"Aku pula yang salah. Dah betul apa yang aku cakap. Masuk bulan ni je dah berapa kali kau tukar pasangan?" soalan aku dibalas dengan balingan botol air dari Zara. Nasib baik sempat aku mengelak.
"Itu namanya kawan. Bukan pasangan. Kau tahu bezakan tak?" bidas Zara.
"Owh, kawan. Tak tahu pula aku kawan kena bagi kawan dia coklat tiap-tiap hari" sindir Fika.
"Itu baru coklat Fika. Belum lagi bab bawa beg siap tolong letakkan dalam kelas tiap-tiap hari lagi. Nasib baiklah kerja rumah dia pun tak disuruhnya budak tu buatkan..." sindir Atie pula. Pasti Atie lagi tahu tindak tanduk Zara dari kami kerana mereka sekelas.
"Itu namanya tolong menolong sesama kawan. Ada faham?" ujar Zara mebuatkan kami bertiga mencebik serentak.
"Owh, tolong menolong ya? kawan ya? Sebabkan kau kawan aku yang amat disayangi sepenuh jiwa. Nah, amik ni. tolong bawakan untuk aku sampai naik bas... " aku bangun dan membaling beg kearah ribaan Zara sebelum berlalu.
"Aku pun... tolong ya, kata kawan" ucap Fika dan mebuat perkara yang sama.
"Aku juga..." ucap Atie sambil berlari mengejar kami dengan tawanya.
"Woi! melampau punya budak!" jeritan Zara hanya kami biarkan tanpa tolehan.
Sampai sahaja di bas, seorang demi seorang dibaling Zara dengan beg yang dengan susah payah dibawanya dari padang hingga ke atas bas.
"Kurang ajar korang semua kan!" marah Zara dengan muncungnya yang sedepa. Tapi amarahnya di sambut dengan gelak tawa kami.
Zara, Zara...
Tanpa sedar aku tertawa kecil dan tersenyum sendirian. Senyuman aku terhenti bila aku memerhatikan segenap ruang dibilik kecil ini.
Mengeluh.
Tiba-tiba terasa penat sangat. Lenguh di segala urat sendi. Entah bila aku sudah melangkah masuk ke syurga ciptaan aku. Bilik tidur aku. Menghempas badan keatas katil adalah perkara yang paling nyaman sekali. Syiling aku pandang sepi.
Entah kenapa kata-kata Hakimi terngiang kembali.

Wajahnya terbayang difikiran. Senyumannya. Kata-katanya...
Entah bila aku tetidur aku sendiri tidak pasti. Yang pastinya, bila terbangun, selepas solat subuh, selepas bersiap, aku terus keluar dan memandu ke mari.
Hati aku yang bawa, rindu aku yang pandu.
Bayangan kapal terbang mahu berlepas aku hayati. Sedikit demi sedikit dia mula naik mencecah udara kemudian dengan perlahan dia sudah jauh keatas langit. Walaupun terlalu jauh dengan landasan tapi bayangan itu terlalu nyata.
Kau tak mungkin kembali lagikan?
Aku pejamkan mata. Rapat.
Aku biarkan setiap helai rambut aku dihurung angin seperti ada sesuatu yang hendak diberitahu.
Tenang.
Aku buka kelopak mata perlahan-lahan seperti mengharapkan sesuatu sebelum mengeluh kecil.
Aku pandang jam ditangan. Sudah masanya aku tinggalkan kembali kenangan dan mengejar kembali impian.
Pintu pejabat aku tolak perlahan. Wajah pertama yang aku terpandang adalah wajah kaget Hakimi. Tiba-tiba timbul rasa bersalah kerana hal malam semalam. Dia hanya bergurau, aku yang terlebih emosi. Tak patut aku tengking dia kan?
"Hi, selamat pagi. Sorry, aku lambat lagi hari ni" ucapku sebelum beredar pergi. Cuba memberi reaksi seperti hari-hari biasa.
Tak lama. Wajah Hakimi terjengah di muka pintu. Sebelum tersengih dan melangkah masuk.
"Kau dah sarapan?" soal Hakimi perlahan.
Aku hanya menyambut dengan gelenggan dan senyuman.
"Nah, kopi dan nasi lemak. Aku beli lebih tadi kat mak cik hujung selekoh tu..." jelas Hakimi.
"Terima kasih" ucap aku pendek.
"Aku keluar dulu. Nak siapkan kerja sikit" ujar Hakimi. Aku hanya mengangguk dan cuba untuk tersenyum.
"Sha..." panggil Hakimi. Serba salah.
"Aku nak minta maaf pasal hal semalam. Mungkin aku ada terlepas cakap. Tapi jujur, aku tak ada niat lain. Aku hanya nak bergurau..." jelas Hakimi.
Aku terdiam. Hakimi masih berdiri menanti aku bersuara.
"Benda dah lepas. Lupakanlah. Aku pun nak minta maaf. Tak patut aku tinggikan suara..." ujar aku dan cuba tersenyum.
"Thanks Sha..." ucap Hakimi sebelum mahu berlalu.
"Kimi..." dia menoleh kembali.
"Cuma, mulut kau tu kadang-kadang, jagalah sikit. Tak semua orang boleh terima dengan lawak melebih-lebih kau tu..." Hakimi yang mendengar cuma tersengih dan mengaru kepalanya sambil meninggalkan aku sendirian kembali.
Kopi aku hidu sebelum aku hirup.
Aku bangun sambil memegang cawan kopi sebelum bersandar memandang cermin, melihat pemandangan luar.

No comments:
Post a Comment