Sunday, April 2, 2017

PRE LOVED NOVEL - TUHAN LEBIH TAHU



Sesiapa yang berminat dengan novel-novel lama boleh lah contact :

facebook : CikPuanPelangi

instagram : CikPuanPelangi


RM 20.00 per book



Tuhan Lebih Tahu

Penulis : Nora Ismail

Cetakan Pertama April 2009
NHF Media Corp. Sdn. Bhd.
(670 page)



Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya...

***


Hubungan antara Rina Azia (Rina) dan Hazry Izhar (Hazry) memang rapat umpama belangkas. Cuma mereka bukanlah pasangan bercinta. Mereka hanya teman rapat kerana mengambil kursus yang sama di UTM. Keserasian hubungan mereka berdua selalu disalah tafsir sebagai pasangan bercinta sehingga hubungan baik yang sedia terjalin itu dicemburui oleh Elisha, teman wanita Hazry. Sering kali mereka bertengkar kerana Rina. Tak faham kenapa si Hazry ni boleh setia bukan main lagi dengan Elisha walaupun dia tau perangai sebenar Elisha yang suka berfoya-foya tu.

Tidak lama kemudian, hubungan mereka terputus kerana Elisha mahu ke luar negara untuk mengejar impiannya bergelar model terkenal. Heh. Hubungan yang berakhir itu membawa impak besar kepada Hazry. Ingin mengadu kepada Rina seperti lazimnya, Rina pula semakin menjauh selepas berkenalan dengan teman mayanya, Wan Azfarel (Arel). Sudahnya, Hazry pulang ke rumah keluarganya dan diberitakan tentang pemergian ayahanda tersayang. Pemergian mengejut itu membuat Hazry hilang arah dan kelam kerana hilang tempat bergantung.

Sebagai seorang sahabat yang memahami, Rina ingin berkongsi kepahitan yang dihadapi oleh Hazry. Namun, pengertian yang diberi dibalas dengan tuba bila Hazry yang dibawah pengaruh pil ecstasy telah bertindak menodai Rina. Kesian Rina. Yang hampehnya Hazry cuma memohon maaf atas tindakan ‘luar sengajanya’ itu dan menyambung pengajiannya ke luar negara. Dia fikir hanya dengan perkataan maaf itu boleh mengubah keadaan kembali kepada asal agaknya?

Mujurlah ada Arel. Dialah yang sanggup menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Hazry . Perkahwinan mereka dilangsungkan dengan restu kedua-dua buah keluarga . Sayangnya aib yang cuba disembunyikan terbongkar juga bila Rina disahkan mengandung dua bulan selepas sebulan tempoh perkahwinannya. Akibatnya, Rina dibuang keluarga kerana dianggap telah memalukan keluarga mereka.

Beberapa tahun kemudian, Rina bertemu kembali dengan Hazry atas urusan kerja. Kemunculan Hazry yang merindukan teman lamanya itu turut menggugat kepercayaan Arel. Rina bingung. Bertambah risau sekiranya Hazry mengetahui kewujudan Ikhzal (Ayik) yang selama ini disembunyikanya. Tapi bila menyedari yang air dicincang takkan putus, Arel berterus terang dan memperkenalkan Hazry dengan Ayik tanpa menyedari yang dia turut mempertaruhkan rumahtangganya disebabkan keputusan itu. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka bila satu demi satu individu dari masa silam mereka muncul kembali?

***

Rina: 
"Dia yang menerima aku tanpa syarat. Ketika aku memerlukan bahu untuk menangis, ketika aku memerlukan tangan untuk memimpin, dia datang kepadaku. Bukan saja dia memandu aku, tapi menyayangi aku dengan segenap jiwa raganya. Dia segalanya bagi aku."

Kerana Tuhan lebih tahu dan kepada Allah mereka serahkan segalanya...

***

"Dugaan itu terlalu sukar untuk ditempuhinya"


more review:



No comments:

Post a Comment