Sesiapa yang berminat dengan novel-novel lama boleh lah contact :
facebook : CikPuanPelangi
instagram : CikPuanPelangi
RM 10.00 per book
Setelah Kau Pergi...
Setelah Kau Pergi...
Penulis : Rozita Abd Wahab
Cetakan Pertama 2006
Creative Enterprise Sdn Bhd
(551 page)
Kasih dan sayang mampu mengatasi segala rasa, mampu
menggugat kesabaran dan keikhlasan lalu aku pergi membawa diri, membawa rasa
cinta dan sayang ini. Sebuah pengorbanan untuk seorang wanita yang telah aku
rampas kasih suaminya...
"Maafkan aku Syakir, aku sayang pada mu tapi sayang itu
tidak mampu mengatasi segala rasa istimewa yang di hati ini dia.. dia yang
berhak ke atas ku.. dia yang mengajar aku apa itu kasih dan cinta…"
ATHIRAH
Tergamaknya
aku merampas kebahagiaan kalian setalah aku kau berikan perlindungan.
Dan sebelum
aku menjadi manusia yang lebih kejam, aku serahkan zuriatku ini padamu agar kau
dapat merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Juga aku kembalikan suami
yang aku sayangi ini buatmu. Kerana aku sudah mula dapat merasakan betapa
tamaknya aku dengan kasih sayangnya…
HISYAM
Aku
mencintaimu, menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Segala-galanya berlaku tanpa
sedar, bilamana gurau senda dan usikan mesra akhirnya berbungakan cinta. Demi
Tuhan, aku sesungguhnya tidak mampu membuang namamu dari hatiku. Aku ingin
milikimu walau dengan apa cara... kerana di hatiku ada cinta, ada kasih dan
sayang mendalam. Namun mengapa akhirnya kau pergi meninggalkan aku dan anak
kita?
SYAKIR
Mengapa
tidak pernah walau sekalipun kau berterung terang denganku tentang statusmu?
Tentang hatimu yang telah pun dimiliki oleh insan yang bergelar suami. Aku
keliru... cemburu juga sudah tidak memberikan apa-apa makna buatku. Athirah...
aku tak mampu jalani hidup ini sendirian tanpamu. Aku perlukan cintamu untuk
terus hidup... untuk terus bernafas...
"Aku ditimpa hujan rindu yang tidak bermusim, yang menitik di hujung rintik...yang membasahkan seluruh ruang rasa... rasa kasih dan cinta"
"... kerana
cinta intu indah dan menyakitkan..."
"iznkan aku menyayangi dirimu, memuja dirimu sehingga
akhir hayatku...."
Kasih Athirah yang amat dalam terhadap Hisyam, suaminya
membuatkan Athirah menutup pintu hatinya kepada semua lelaki terutamanya
Syakir. Kerana setia pada kasih suami, dia sanggup merahsiakan identiti dirinya
serta cuba menepis luahan rasa cinta Syakir padanya.
Peristiwa hitam di masa silam yang disimpan kejap oleh
Athirah sebenarnya telah memisahkan dia dari keluarganya sekian lama. Demi
maruah dan harga diri, Athirah sanggup memendam rasa kasih dan rindu kepada ibu
dan adiknya. Bertemu dengan Mursyid secara kebetulan, memulakan titik tolak
baginya untuk menemui ibu yang dirindui dan juga Hisyam, serta anaknya, Hazim.
Namun agak sukar bagi Hazim untuk menerima Athirah sebagai ibu kandungnya
kerana pada dia, Nadia adalah ibu yang telah mendidik dan membesarkannya.
Dengan kelahiran anak kedua Athirah bersama Hisyam, telah merapatkan kembali
Athirah dengan Hazim dan sekali gus memperolehi semula keluarga bahagia yang
diidamkannya selama ini.
more review:
No comments:
Post a Comment