Sesiapa yang berminat dengan novel-novel lama boleh lah contact :
facebook : CikPuanPelangi
instagram : CikPuanPelangi
RM 10.00 per book
Bukan Klon Bukan Duplikat
Bukan Klon Bukan Duplikat
Penulis : Haizal Najwa
Cetakan Pertama 2008
Creative Enterprise Sdn Bhd
(598 page)
Wahida yang terperangkap dalam cinta tiga segi yang tidak
pernah terlintas. Apatah lagi setelah diri bergelar seorang isteri kepada
seorang suami yang amat dicintainya sejak zaman remaja, dia terjerat dalam
lingkaran cinta kali kedua. Bukan itu yang diminta, tetapi itulah yang terjadi.
Dia tidak berlaku curang sekiranya Zul Mirza setia padanya. Menggangapnya
sebagai isteri dan ibu kepada Zuriatnya yang perlu dikasihi, disayangi dan
dilindungi. Dia sudah lama tidak diberikan peluang untuk menjalankan
tanggungjawabnya sebagai isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Zul Mirza
menganggapnya tidak lebih sebagai perempuan simpanan. Namun simpanan juga
'mulia' kerana khidmatnya sering diperlukan dan sebagai isteri, sudah lebih
tujuh tahun khidmat Wahida seolah-olah dilupakan dan haknya dinafikan.
Kehadiran Inspektor Julian yang persis wajah suaminya mengembalikan kasih dan
cinta Wahida yang telah pudar terhadap suaminya. Lelaki itu melimpahkan kasih
yang tidak berbelah-bahagi kepada satu-satunya zuriat yang dipunyai. Lelaki itu
juga mengajarnya membina keyakinan diri yang tinggi. Kemesraan antara
kedua-duanya membekas dalam jiwa wanitanya lantas mengalir semula cinta yang
telah mati. Curangkah dia jika faktor menjadi isteri yang diabaikan itu diambil
kira? Kejamkah dia andai di hatinya telah tertutup untuk cinta seorang suami?
Berdosakah jika menuntut fasakh itu menjadi sebahagian agenda masa depannya?
Semua jari menuding mencari kesilapannya. Kerana menegakkan haknya, maka Wahida
dipulau keluarga mertua. Kerana memelihara tali ukhwah, Wahida juga dinobatkan
sebagai anak derhaka. Tiada siapa yang memihaknya kecuali Viktor, cinta
hatinya. Dan Inspektor Julian juga! Wahida dihimpit dilema yang tidak
berpenghujung, keresahannya juga tidak pernah menemui noktah.
Buku ni
berkisar tentang seorang perempuan bernama Wahida yg dibiarkan sepi oleh
suaminya Zul Mirza. Setelah bersabar selama 7 tahun, pertemuan Wahida secara
tidak sengaja dgn seorang lelaki yg rupa parasnya 'duplikat' suaminya, telah
membuatkan Wahida tekad utk berpisah dgn Zul Mirza.
Setelah
perpisahannya dgn Zul Mirza, sewaktu dlm iddah, Wahida telah ditempatkan oleh
bakal suaminya Julian dirumah pesaka keluarganya. Bermula dari sini, cerita
novel ni jadi menarik dan membuatkan kita teruja utk terus membacanya. Ini
kerana ada unsur2 misteri dalam novel ini....kisah pasangan suami isteri
pembantu rumah yg pelik dan misteri, bayangan wanita di atas loteng rumah,
bunyi seperti org berjalan di atas loteng rumah dan macam2 lagi....Memang
tulisan Haiza Najwa sebelum ni dgn Alaf 21 selalu mempunyai unsur2 misteri dan
thriller...rupa2nya kali ni Haiza Najwa juga tidak boleh lari dari mewujudkan
unsur2 misteri itu, walaupun sedikit.
Bila misteri
itu terbongkar, ia membawa pula kepada terbongkarnya rahsia perkahwinan setiap
watak2 dalam novel ni. Ada yang berkahwin bukan kerana cinta semata2....ada yg
kerana kesian, kerana hendak meraih iman, kerana dendam dan sebagainya.
Apa yg
pasti, dalam sebuah perkahwinan...selain dari CINTA..., novel Bukan Klon Bukan
Duplikat ini ingin memberitahu pembaca bahawa KEPERCAYAAN kepada pasangan
adalah penting bagi menjamin keutuhan sesebuah perkahwinan.
No comments:
Post a Comment