Sunday, April 2, 2017

PRE LOVED NOVEL - TERPENJARA DI KAMAR SUTERA



Sesiapa yang berminat dengan novel-novel lama boleh lah contact :

facebook : CikPuanPelangi

instagram : CikPuanPelangi


RM 10.00 per book




Terpenjara Di Kamar Sutera

Penulis : Kamsiah Abu

Cetakan Pertama 2008
Tintarona Publications Sdn Bhd
(401 page)



Terpenjara dalam cinta bagaikan terpasung minda dan rasa. Lantaran takdir yang telah tertulis perkahwinan menjadi jerat kepada Azmira. Tanpa rela dia menerima Badrul, sebaliknya tanpa dipaksa juga dia berkelana merebut piala cinta Razif.

Azmira yang setia membajai kasih bersama Razif terperangkap oleh perasaannya sendiri. Antara tanggungjawab dan perasaan bersesak dalam sanubari. Di mana mahu dibuang Badrul, sedang kasih sudah terkunci di dalam kamar sutera. Bagaimana mahu memungkiri janji Razif, sedang di bahu tergalas tanggungjawab kepada suami.

Azmira jadi bingung. Semakin dia lari  daripada cinta semakin dia dihimpit gelojak rasa. Bukti cinta Badrul yang bertaburan dikutip satu persatu. Semakin jelas pula wajah sebenar cinta mereka.

 Perjalanan hidup merungkai janji setia menemui cinta sejati. Sedikit demi sedikit ketenangan  hadir di kolam hati Azmira yang berkocak keruh. Tetapi siapakan yang harus dipersalahkan apabila janji cinta Razif tidak tertunai? Mengapa mesti Razif membayar harga yang mahal untuk sebuah kasih yang diragut?


***

Dalam mengejar cita-citanya, Azmira telah diketemukan dengan Razif, lelaki yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang suci. Ketika kasihnya baru mula berputik, harapan Azmira untuk terus bahgia bersama Razif kecundang kerana dek fitnah yang telah mencemari maruah dirinya. Dalam keterpaksaan Azmira perlu menerima Badrul, lelaki yang langsung tidak pernah dikenalinya.

Gelora dan badai yang menjerok derita di hati Azmira bertambah parah apabila Razif terus-terusan meraih cinta Azmira. Keikhlasan dan kejujuran Razif telah benar-benar menduga kesetiaan dan keimanan Azmira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Azmira bagaikan tersepit antara tanggung jawab, cinta dan kasih sayang, menjadikan perkahwinan yang dibina secara rahsia semakin goyah.

“Perkahwinan kita ini ibarat sebuah rumah kaca dan semua orang di sekeliling kita ada batu di tangan mereka. Bila-bila masa sahaja rumah kaca itu boleh dipecahkan!… apa yang kita ada untuk mempertahankan rumah kaca itu?…” ungkapan yang amat menyiksakan Azmira.

Kedudukan dan kekayaan keluarga Badrul banyak memberi kekangan kepada usahanya untuk membina bahgia bersama Azmira. Akibat kesilapan yang telah dilakukan oleh ayahnya, patutkah kini Badrul pula yang terpaksa membayarnya? Mengapa Badrul dan Azmira perlu menjadi mangsa keadaan yang bukan silap mereka?

Namun… siapakah kita untuk menolak takdir ALLAH? Dapatkah Badrul dan Azmira mempertahankan perkahwinan mereka yang diibaratkan sebuah rumah kaca? Berjayakah Razif memilikki cinta Azmira? Hanya TDKS yang dapat menjelaskannya….

***

"Bila hati mula berbicara, tiada kata mengungkap rasa"


more review:

No comments:

Post a Comment