Tuesday, July 18, 2017

K-Movie ➤ Fabricated City (2017) _ Review

Fabricated City
2017
조작된 도시
Jojakdwen Doshi

Director: Park Kwang-Hyun
Writer: Park Kwang-Hyun, Oh Sang-Ho
Producer: Jang Young-Hwan, Jung Jae-Wook, Kim Hyun-Chul
Cinematographer: Nam Dong-Geun

Release Date: February 9, 2017
Genre: Action, Crime
Language: Korean
Country: South Korea

Sinopsis
In real life, Kwon Yoo (Ji Chang-wook) is unemployed, but in the virtual world he is recognized as a top gamer with no rival. While playing as usual at a local Internet café, Kwon Yoo is stunned to learn that he has become the prime suspect of a shocking crime: the rape and murder of a high school girl. The police arrest him, and he learns that he has been framed by a large corporation for the crime. With the help of fellow gamer Demolition (Ahn Jae-hong) and hacker Yeo-Wool (Shim Eun-kyung), he sets out to uncover the truth and clear his name.

Review




Initially, aku nak tengok movie ni sebenarnya sebab aku ingatkan cerita pasal budak-budak gamer nak jadi haker. 
Tapi bila terpandang nama Ji Chang-Wook aku dah terbayangkan wajah tampannya yang menawan tu. Kalau peminat drama korea pasti mereka sudah terbayangkan wataknya dalam Suspicious Partner sebagai Prosecutor, tak pun K2 ataupun Healer.
Bila fikir-fikirkan balik, dia ni memang banyak berlakon dalam drama aksi.

Stop membebel pasal ketampanan watak utamanya. Kita berbalik kembali kepada intipati filem yang berjudul 'Fabricated City'.

Permulaan filem sahaja kita sudah disaji dengan aksi tembak menembak. 
Cerita apa ni? Perang ke? Tak pon askar, ala-ala Descendants of the Sun.
Maklumlah drama itu masih hangat lagi diperkatakan walaupun sudah lama habis tayangnya.


Tapi rupanya diaorang tengah main game.
Semua aksi dan tembak menembak yang berlaku adalah situasi yang mereka hadapi di dalam game.
Game apa?
Aku pun tak pasti nama game yang diaorang main.
Cuma tak silap aku mereka mengelarkan nama team game mereka 'Resurrection'.
 Dan Kwan Yoo merupakan 'Captain' bagi pasukannya.

People say, the tree was already dead.
But for me, the tree was not dead.
That night, i dreamed.
I see the tree growing in the sky.
I say once again, the tree was not dead.
The tree still alive.


Dan bunyi deringan telefon ini sebenarnya bakal mengubah hidupnya daripada penganggur kepada seorang penjenayah yang dikehendaki.
Kerana janji empunya telefon akan memberikannya upah yang agak lumayan Kwan Yoo bersetuju menghantarkan telefon itu ke tempat yang diarahkan.
Tanpa melihat wajah empunya telefon dia mengambil wang yang telah diletakkan seperti yang diberitahu oleh perempuan itu.
Akhirnya dia terjerat.

Keesokannya, part ni memang akan tertanya-tanya. Kenapa dia fokus pada pintu? Ada orang nak datang mencuri ke? Sekali masuk terus serang dan tahan Kwan Yoo.
Apa ni?

You're under arrest for the charge of murder and rape an underaged girl.

Tanpa pembelaan Kwan Yoo digari. 
Dan waktu itu juga polis yang mengarinya melihat tangannya penuh dengan darah dan senjata pembunuhan berada dirumah itu.
Kat sini bukan Kwan Yoo sahaja terpinga-pinga. Aku pon juga dok berfikir.
Dah kenapa?


Sesiapa sahaja ditempat dia juga pasti akan berada dalam keadaan binggung.
Segala bukti dan ujian yang dilakukan semuanya membuktikan bahawa dia bersalah.
Pada mulanya aku rasakan dia ni sakit mental.
Dwi personality, Hyde Jekyll mungkin...

Antara part sedih bila ibu Kwan Yoo berusaha sedaya upaya membuktikan anaknya tidak bersalah walaupun dikecam dan dihina.

Sehingga mengupah peguam untuk membela kes anaknya.
Serabutkan pejabat dia?
First impression aku tentang peguam dia ni kan... aku pon rasa dia ni adalah masalah.
mental mungkin. hahaha...entahlah.
Tapi environment office dia boleh dikatakan dia diantara peguam yang agak 'tak berjaya'.
serabut...
Tapi file dia boleh tahan melambak kan?
Pembantu dia pula jangan cakap... 
cantik wei... 
Honey Lee bekas ratu cantik korea, mau tak cantik.

Kes dibicarakan.
Dan akhirnya Hakim mejatuhkan hukuman dan mendapati Kwan Yoo bersalah dengan segala keterangan dan bukti yang ada dan relevan.
Walaupun Kwan Yoo masih bekeras tidak mengaku bersalah.
Dia dipenjarakan seumur hidup.
Kat sini aku tertanya-tanya, apa sebenarnya jalan cerita ni?

Dan akhirnya Kwan Yoo dihantar ke penjara.
Bila part sampai sini aku dah terbayang drama siri Prison Break.
Uish, mesti dia akan buat plan macam mana nak keluar dari penjara.
Dengan yakin...padahal...

Sudah jatuh ditimpa tangga.
Ma Deok Soo... kononnya macam ketua banduan kat situ.
Semua orang takut dia.
Kwan Yoo selalu dibuli oleh Ma Deok Soo dan konco-konconya.
Dibelasah dan ditendang itu adalah perkara biasa.
Hampir separuh mati Kwan Yoo kena belasah.
Warden kat situ pun macam tak boleh harap kat dia apa-apa.

Tapi part yang paling sedih bila Ma Deok Soo suruh banduan lain buat perkara 'tak senonoh' kat Kwon Yoo. Puas orang tu merayu, minta tolong, menjerit.
Geram gila dengan Ma Deok Soo.
Kwan Yoo pula macam orang kena histeria lepas kejadian tu.
Dia gigit nadi dia, habis berdarah.
Cara dia sebenarnya nak bunuh diri.
Part situ kita tengok dah faham bertapa terseksanya jiwa dia.

Ibu Kwan Yoo datang, nampak tangan Kwan Yoo berbalut, dan rasanya dia boleh agak apa yang berlaku. 
Dari nada sedih dan lembut. Ibunya terus keluarkan suara tegas dia.
I, do not want to be mother of a rapists.
If you really do not do, you have pull yourself together.

Selepas tu Kwan Yoo banyak bertahan walaupun dibelasah dengan teruk 
Dan orang tua ini pula semakin selalu muncul dan menolongnya.
Kata banduan lain, dia ni penjenayah yang paling mengerunkan dan merupakan pembunuh bersiri.
It seems you have practiced martial arts before
So, you could avoid some deadly hit.
From what i see, you do not seems like a killer.
Ma Deok Soo could not make you his underling.
You are making him uneasy.
-itu antara pesan orang tua itu. Banduan yang tak bernama.

Kwan Yoo kemudian berlatih.
Dia mem'provoke' Ma Deok Soo pada satu hari hingga menyebabkan satu perlawanan berlaku.
Dan akhirnya dia berjaya.
Deok Soo Ma berjaya ditumpaskan.
Yeah!

Tapi kemenangan itu bukan kegembiraan lagi buatnya bila peguam yang diupah ibunya datang membawa berita yang tidak baik.
Ibunya sudah mati (bunuh diri) akibat tekanan yang dia hadapi.

Dan malam itu Kwan Yoo mimipi kan ibunya.
Dia memeluk dan menangis dalam dakapan ibu dia.

Kwan Yoo murung kembali.
Ma Deok Soo mahu membalas dendam.
Pisau ditangan digengamnya.
Bila dia cuba mahu menikam Kwan Yoo, dengan pantas Kwan Yoo menyelar wajah Ma Deok Soo.
Dan kemudian Kwan Yoo menikam perutnya sendiri.
Kedua mereka dibawa ke hospital.

Rupanya kejadian itu adalah antara rancangan Kwan Yoo dan Banduan tua.

Banduan Tua:
You have to thrust the knife on the vital part near abdomen.
If you got the wrong part. You are doomed.
If you managed to get out , what are you going to do?

Kwan Yoo:
I can not say anything.
I have promised to my mother.

Sewaktu percubaan Kwan Yoo cuba melarikan diri dari penjara.
Dia terpaksa bergelut dengan beberapa orang warden yang membawanya ke hospital.
Dan ketika bergelut van mereka terbalik dan Kwan Yoo berjaya melarikan diri.
Scene ni cantik.
Part yang dia rampas kunci dan scene di perlahankan memang cantik.
bagi akulah...


Sewaktu cuba mencari jalan untuk melarikan diri Kwan Yoo terjumpa dengan sepasang suami isteri.

Part husband and wife ni ada lawak sikit sebab watak diaorang ni suka membebel entah apa-apa.
Dan diaorang ni sebenarnya nak pergi ke China.
Sampai kat airport dengan baik hati dia serahkan kunci kereta dia pada Kwan Yoo.
Walaupun kalau tengok kereta dia memang... sedih!
aku dok belek and fikir... kereta apalah yang dia guna ni kan?

Ok, balik pada cerita.
Kwan Yoo terus jumpa peguam dia dan tanya pasal orang yang boleh sahkan alibi dia.
Sebelum ibu dia bunuh diri. 
Ibu dia ada bagitahu yang ada orang telefon bagitahu yang dia boleh sahkan alibi Kwan Yoo.
Tapi bila Kwan Yoo tanya balik pada peguam dia ni, peguam dia kata orang yang telefon ibu Kwan Yoo itu hanya main-main dan menipu.
Sebabkan itu ibu Kwan Yoo tertekan.
Peguam tu kemudian serahkan rantai milik ibu Kwan Yoo kepadanya.
Dan kemudian polis pun datang (peguam tu yang report)
Nasib baik Kwon Yoo dapat melepaskan diri.

Lari daripada situ Kwon Yoo kemudian pergi ke cyber cafe.
Dia buat research tentang kes dia.
Dan bila dia buka email... pc dia seakan di 'hack' oleh seseorang.
Video tentang kes dia dan rakaman cctv tiba-tiba muncul pada skrin.
Rakaman itu adalah antara bukti menunjukkan Kwan Yoo tidak bersalah.

Lakaran kartun/animasi bagi menjelaskan apa yang berlaku pada hari kejadian memang kelakar.
Cara dia jelaskan agak ringkas tapi senang faham.
Semua itu adalah hasil siasatan kawan gamer Kwan Yoo yang dikenali sebagai Mr. Hairy.
Waktu Kwan Yoo sedang tengok video yang Mr. Hairy bagi tiba-tiba Mr. Hairy menyuruh Kwan Yoo lari sebab owner cyber cafe tu nak call polis.

Lepas tu Kwan Yoo pergi ke satu kedai makan seperti arahan Mr. Hairy.
Dan di situ adalah pertemuan kali pertama mereka sejak mereka berkenalan.
Sebab tu Kwan Yoo tak kenal dia.
Part yang paling kelakar, Mr.Hairy tu sebenarnya perempuan.
Kwan Yoo pula dari dulu tak habis-habis panggil dia 'Hyungnim' (abang)
Sekali jumpa depan-depan rupanya perempuan.
Mau tak nya dia blur kat situ.

Lepas tu Mr. Hairy bawa dia balik rumah.
Rumah dia jangan cakap lah macam mana...
Berselepah wayar dekat lantai.
'Hacker' kata dia...
Dan Mr. Hairy ni ada perangai pelik.
Dia tak bercakap dengan orang.
Kalau dia nak bercakap dia akan call orang tu walaupun jarak kau dengan dia tak sampai 1 meter.
Pelik kan?

Bila part diaorang tengah makan ni adalah bab Kwan Yoo ni menangis.
Tapi Kwan Yoo kelam kabut bila ada tiga orang lelaki ni masuk dan buat biasa sahaja dengan kehadiran dia dan tegur dia 'Captain' macam dah lama kenal.
Rupanya diaorang ni team game dia juga.
Reckon, Demolisher dan seorang lagi tu aku tak tahu siapa nama dia.
Tapi character game dia perempuan tau.. so jangan terperanjat.
Rupanya mereka memang dah sepakat nak selamatkan Kwan Yoo.
Mereka jugalah yang kumpulkan bukti yang Kwan Yoo lihat tadi kat Cyber Cafe.

So, lepas tu diaorang duduk berbincang dan analisis bukti yang diaorang dah dapat.
Selidik punya selidik.
Mereka terjumpa dengan satu lagi pembunuhan yang dirancang cara kematiannya.
Lepas itu barulah mereka ni tahu macam mana Kwan Yoo diperangkap.
Rupanya ada satu 'team' yang akan menghapuskan segala bukti pembunuhan
dan
mencipta satu bukti dan 'pembunuh' yang baru berserta alibi.
Hebatkan mereka?

Kenapa mereka sanggup buat kerja macam tu?
Itu semua kerana duit.
Mereka dibayar atas kerja mereka lakukan.

Pastilah kerja macam ni ada ketua yang akan arahkan.
Betul?
Siapa ketua dia...
Pasti korang nak tahu kan?

Kenal siapa dia ni?
Ya...
Dia adalah peguam Kwan Yoo.
Dan dia jugalah 'Mastermind'
untuk segala kes yang sebenarnya melibatkan orang kaya dan ternama.

Disebalik office dia yang buruk tadi.
Ada tersembunyi satu office yang canggih dan berteknologi tinggi.
Dari situlah dia akan mencari kambing hitam untuk 'client' dia.
Uish...bijak kan?

Dan bermula dari situ akan bermula part kejar mengejar
dan balas membalas.

Siapa yang lebih bijak?
Siapa yang lebih handal?

Sila saksikan sendiri di link di ini:
Fabricated-City

Cerita ini sebenarnya mudah difahami. Jalan cerita dia juga teratur dan tak berserabut.
Cerita yang tak berat dan tidak terlalu beremosi.
Mungkin sebab ini filem aksi.
Sebab itu banyak adegan berlawan, lumba kereta, langgar sana sini dan tembak menembak.
So, kalau untuk aku,movie ini antara yang aku akan tonton.

Dan untuk yang sukakan cerita cinta, romance-comedy ke...
Filem ini tak ada langsung elemen-elemen itu walaupun antara pelakon dia adalah
Ji Chang Wook , Shim Eun Kyung
 dan ada last part baru dia keluar sebagai salah seorang team game mereka...
Kim Seul Gi

Selamat Menonton!

No comments:

Post a Comment