Friday, July 7, 2017

J-Movie ➤ Drowning Love (2016) _ Review

Drowning Love
2016
溺れるナイフ
Oboreru Naifu

Director: Yuki Yamato
Writer: Yuki Yamato, Kishu Izuchi
George Asakura (manga)

Release Date: November 5, 2016
Genre: Teen-Romance
Language: Japanese
Country: Japan

Sinopsis
Natsume Mochizuki (Nana Komatsu) works as a teen model in Tokyo, but she learns that she has to move to her father's hometown of Ukigumo. She is in a desperate situation because she can't do the things she wants to do in Ukigumo. One day, she meets Koichiro Hasegawa (Masaki Suda). He is the successor of the Hasegawa family. His family is wealthy and is respected in the area. Natsume Mochizuki and Koichiro Hasegawa become attracted to each other, but something changes their fate.



Review 



Drowning Love asalnya adalah karya manga George Asakura yang bertajuk Oboreru Knife melalui majalah manga Bessatsu Friend (2004-2013)

Natsume Mochizuki seorang model yang terpaksa berpindah ke kampung (Ukigumo) mengikut keluarganya disebabkan kesihatan datuknya yang semakin tua. Terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai model dan hidup di kampung membuatkan dirinya tidak teruja untuk berpindah.

Ukigumo dan Tokyo, pasti jauh berbezakan?

Sedang semua sibuk meraikan keluarganya yang berpindah ke kampung, Natsume keluar mencari ketenangan. Tanpa mengendahkan papan tanda yang melarang sesiapa dari masuk ke dalam hutan/gunung, dia menyusuri masuk dan akhirnya terjumpa sebuah pantai yang indah walaupun suasana nya agak menyeramkan. Natsume menghampiri sebuah 'Shinto Shrine' yang dibina di tepi pantai.





Kelihatan seorang yang berambut perang dan seakan bersinar sedang berenang di laut menarik perhatian Natsume.





Bila lelaki itu berlari dan berdiri didepannya, Natsume terjatuh sambil memandang wajah lelaki tersebut.


Koichiro Hasegawa, seorang pelajar dan dari keluarga yang dihormati di kampung itu. Semua pelajar memanggilnya 'Koh'. 

Otomo Katsutoshi dan Kana Matsunaga bercerita tentang Koh dan keluarga Hasegawa.
Koh merupakan waris dari keluarga pelindung desa mereka iaitu Keluarga Hasegawa yang mempunyai kuasa spiritual dimana mereka adalah manusia yang paling dekat dengan tuhan.

Natsume popular di kalangan pelajar walaupun pada hari pertama persekolahan disebabkan dia adalah seorang model tetapi Natsume hanya tertarik kepada Koh yang diam dan tidak mengendahkan kehadirannya.

Koh yang seakan langsung tidak berminat dengan kehadirannya telah mengutuk gambar Natsume bila Otomo menunjukkan majalah kepadanya dan terus bangun dan berjalan keluar dari kelas mereka tetapi ditahan oleh Natsume yang mula bertanyakan tempat pertemuan pertama mereka itu.

Ada flash back yang Koh telah menyuruh Natsume tidak memberitahu sesiapa tentang kehadirannya disitu.

Semua yang ada disitu seperti terkejut dengan pertanyaan Natsume. Otomo terus bertanya kepada Koh, adakah benar dia telah ke pantai yang mempunyai 'shinto shrine'. Otomo terus membebel tentang kapal ayahnya dan semua riuh mengatakan yang Koh telah disumpah. 

Yeah, yeah... i might be.

Itu jawapan dari Koh dan menyatakan mungkin benar dia telah di sumpah dan berpesan supaya rakan-rakannya tidak kesana sebelum berlalu meninggalkan mereka. Otomo pula berpesan kepada Natsume supaya jangan ke sana kerana bahaya.

Cantikkan view dia?
Sejujurnya aku memang terpukau dengan sinematografi filem ni.

Sekali lagi Natsume berjumpa dengan Koh di pantai larangan.
Natsume mempertikaikan kepercayaan Koh terhadap Tuhan.
Natsume juga mengatakan kampung ini tiada apa-apa yang menarik dan bosan disebabkan itu Koh mahukan cabaran dan melanggar larangan.

Koh membawa Natsume ke suatu tempat.



Dia menarik Natsume ke dalam laut dan mengatakan bahawa Natsume juga kini sudah terkena sumpahan.
Natsume mengatakan bahawa Koh juga sama. 
Tapi Koh mengatakan bahawa dia tidak akan apa-apa.
Dia boleh bermain dengan laut dan juga gunung.




Natsume Mochizuki:
That time i was only 15.
I can do everything i know.
Live and get what i can.
To hold out everything to him,
and the right to laugh away everything.
I thought it was only for myself.
What i wanted was
a dazzling flash piercing through the body.
Enough that the eyes start spinning,
Enough to stop breathing,
Enough to tremble.


Seorang photographer terkenal, Shougo Hironou berminat untuk menjadikan Natsume modelnya dan sanggup datang ke kampung untuk menjalankan photoshoot.


Kat sini aku dah mula tak faham kenapa Koh macam marah dengan Si Photographer tu dan kenapa Natsume tu dok pergi main kejar-kejar dengan Koh ni dalam hutan tanpa ada adegan dialog.



Dan bila Koh pergi barulah ada dialog antara Natsume dan Photographer ini yang buat aku masih tak faham.

Natsume:
i... want to win against him
That's why i agreed with the photobook.
I wonder i could win...

Photographer:
You'll win.
That's because, he said awhile ago,
"She is also mine", right?


Kana yang pada mulanya bertanya pasal gelang yang di pakai Natsume.
Dan bila Natsume mengatakan gelang itu tidak sama dengan gelang Koh,
Kana mengatakan memang tak akan sama kerana gelang Koh memang istimewa dan membuktikannya generasi keluarga Hasegawa, benda yang semua orang tidak mungkin akan dapat memilikinya.

Kat sini aku mula tertanya-tanya kenapa Kana dengan tiba-tiba mengatakan Natsume adalah 'perfect wife' untuk Koh. Yelah apa tujuan dia kan nak cakap kat depan Koh, walaupun mamat tu buat macam tak tahu jer...


dan sekali lagi entah kenapa...


terjadilah kembali adegan kejar mengejar...


dan aku pun tak faham kenapa mesti dia nak main tolak-tolak macam ni...


Sempat aku bertanyakan dekat Lady Y (my bff), agaknya waktu zaman sekolah kita dulu memang bercinta main kejar-kejar ke? tolak-tolak?


Owh, nak tengok photobook tu aje rupanya. Aku ingatkan dah kenapa...
Aku tak faham reaksi wajah yang Koh cuba sampaikan.
Apa yang membuatkan dia begitu berminat dengan photobook tu?
Photography?
Macam tak..
Natsume?

Apakah sebenarnya yang cuba digambarkan watak ini?

Natsume sudah selesa di kampung ini sehingga idea ibunya untuk pulang ke Tokyo juga dibantahnya.
Natsume juga sanggup menolak tawaran untuk berlakon asalkan dia ada masa bersama Koh .

Scene ni sekali lagi buat aku berfikir.
Kenapa dengan Koh?
Apa yang dia nak sebenarnya?
Seperti ada sesuatu yang difikirkan, seperti ada sesuatu yang mahu disembunyikan.
Yang paling ketara bagi aku dia seakan macam nak jauhkan diri dari Natsume.
Tapi kenapa?

Sekali lagi gelang itu menjadi isu.

Gelang merah adalah pemberian stylist kepada Natsume.
Gelang seakan warna dark blue itu adalah milik Koh yang diwariskan kepadanya.
Katanya, sebagai pelindung. (tangkal mungkin)


Koh memakaikan gelang miliknya pada Natsume.
Natsume pula memberi gelangnya kepada Koh.


So, lepas tu adegan bahagia, jerit menjerit...

 Sky!
Cloud!

Rocks!
Sea!



Part yang ni macam dah tak sedap hati.
Sebab cara tetamu keluarga dia tu pandang Natsume lain macam jer.


Tapi lepas tu semuanya macam tak ada apa-apa.
Abis sahaja scene tu, scene mereka nak pergi ke festival pula.
Bab paling sweet, Koh betulkan yukata Natsume.


So, pada malam festival tu. Koh adalah orang penting dalam upacara yang diadakan.


Orang yang tertentu dalam upacara itu hendaklah memakai topeng yang dibuat oleh Koh.



Natsume yang ada disitu hanya menjadi penonton.
Sebelum seseorang lelaki (tetamu dia yang tadi tu) datang menyapanya dan mengatakan bahawa datuknya sakit dan menarik tangan Natsume untuk ke hospital.
Koh hanya memandang dari jauh kelibat Natsume dan lelaki itu meninggalkan festival.


Natsume terserempak dengan Kana dan memberitahu dia kena ke hospital kerana datuknya sakit.
Kana memandang pelik bila lelaki tadi menarik tangan Natsume dan menyuruhnya cepat.

Gelang tangan pemberian Natsume tiba-tiba putus waktu upacara itu berjalan menyebabkan Koh menyedari sesuatu dan mengejar Natsume.
Otomo mengejarnya dari belakang.
Kana pula datang memberitahu lelaki itu membawa Natsume pergi melihat datuknya yang sakit.
Koh berlari pergi mengejar kereta yang dimaksudkan oleh mereka.

Di dalam kereta Natsume pelik melihat jalan yang mereka lalui.
Bila dia tersedar, lelaki itu sudah memberhentikan keretanya di kawasan gelap.


Rupanya lelaki itu berniat jahat dan merupakan peminat Natsume yang psycho.
Natsume berjaya melarikan diri dan terjun ke suatu tempat.
Koh berjaya mencari Natsume dan cuba menariknya keluar.
Tapi malangnya lelaki psycho itu memukulnya dari belakang dan membelasahnya.
Dia cuba bangun dan membantu menyelamatkan Natsume tapi tidak berdaya.
Nasib mereka baik ada orang kampung yang datang dan menolong mereka sebelum benda makin buruk berlaku kepada Natsume.




Ayah Natsume datang dan memeluk anaknya. Natsume dalam dakapan ayahnya hanya memandang Koh yang sedang menangis  dan ditenangkan oleh salah seorang orang kampung.



 Scene terus bertukar. Kejadian itu mengubah kehidupan mereka.
Wajah lesu Natsume dan kemurungan yang dihadapi dipaparkan.

Yang paling pelik, tiba-tiba Kana berubah perwatakan.
Kana bukan lagi gadis pasif seperti dulu.

Otomo datang cuba mewarnai kembali hidup Natsume yang kelam.



Dan part ni baru aku tahu Koh dan Natsume sudah berpisah dan mereka sudah lama tidak berjumpa.
Koh pula dah tak bersekolah lagi dan bergaul dengan remaja yang bermasalah.

Kat sini aku hanya rasa kejadian yang berlaku itu merupakan trauma paling hebat yang perlu mereka berdua hadapi. Lagipun mereka masih belasan tahun. Pasti perkara itu adalah benda yang paling tragik dalam hidup mereka kan?

Perjalanan pulang Natsume, atau sememangnya dia sedang mencari Koh. (aku pun tak pasti)
Dia terjumpa Koh yang cuba melarikan diri dari dia.
Ok, terjadilah lagi adegan kejar mengejar.


Aku rasa director filem ni memang suka main kejar-kejar kot...

Dan, akhirnya Natsume melompat masuk ke boat Koh.

Jujur aku tak faham dengan Koh ni... tiba-tiba dia boleh pandang Natsume dan gelak-gelak.
Nampak dia happy gila dengan hidup dia kini yang huru hara tu.

Natsume jer yang dok menangis dan menjerit-jerit kat dia bahawa dia lama gila tunggu Koh dan sentiasa tunggu Koh.


Tak memasal diaorang bertekak kat tengah laut ni pula.

Kenapa aku macam ni?
Kau tak ingat kat aku lagi ke?
Aku tak mampu nak lupakan kejadian hari tu...
Kenapa kau tak belasah je dia?

Dan tiba-tiba Natsume bangun dan mencekik leher Koh.
Kejadian cekik mencekik ni sebenarnya Koh yang buat kat dia dulu.
Ingat tak waktu Koh tarik dia pertama kali kat laut tu dan kata yang Natsume sudah terkena sumpahan juga tu...

Dan sekali lagi mereka tenggelam sama-sama dilaut.

Dan Koh hanya memejamkan matanya dan membiarkan dirinya tenggelam ke dasar.

Kat sini aku dapat rasa apa yang Koh rasa.
Sejujurnya, bagi Koh juga bukan senang untuk dia lupakan kejadian itu.
Perasaan bersalah. Mungkin...

Natsume menarik Koh keatas.


Koh membuka matanya dan tergelak.
Dia memohon maaf kepada Natsume kerana terlibat dalam hidup Natsume.
Dan dia menyuruh Natsume meninggalkannya.

Natsume balik dalam keadaan basah.
Otomo yang sedang bermain dengan adik Natsume menolongnya.
Selepas itu mereka duduk berbual. Tentang impian.
Dan mereka menjadi kawan yang baik.

Shougo Hironou kembali lagi dalam hidup Natsume.
Dia mahu Natsume berlakon dalam filem terbarunya dan yang mengejutkan filem itu tentang mangsa rogol.
Disebabkan tiada jawapan, Shougo Hironou datang ke sekolah Natsume dan memujuknya.
Otomo yang muncul diperkenalkan sebagai kekasih barunya.
Kedatangan Shougo Hironou mengganggu fikiran Natsume.
Dia berlari dan menangis. keseorangan.

Koh pula digambarkan makin hanyut dalam dunianya.
Sentiasa bergaduh.
Pukul. Pukul. Pukul
Dia sentiasa memegang sebilah pisau.
Walaupun aku tak tahu untuk apa.


Natsume pergi berdoa meminta pertolongan dari tuhan di sebuah kuil di pantai larangan.



Perjalanan balik Natsume bertemu dengan Koh yang kelihatan tidak berupaya dan wajahnya penuh dengan luka.

Koh akhirnya pengsan di depan Natsume.
Natsume membawanya ke dalam sebuah pondok.


Natsume memyoal Koh kenapa dia jadi begini.
Koh mengatakan bahawa Koh yang bersinar itu dah mati.
Natsume naik marah dan menjerit adakah seharusnya mereka berdua hidup sengsara dengan sumpahan ini.
(mungkin tanggapan mereka segala apa yang mereka alami adalah disebabkan mereka telah melanggar larangan dan terkena sumpahan)

Natsume mengajak Koh lari dari kampung ini.
Koh bercerita tentang perasaannya kali pertama bertemu Natsume.
Dia menyakinkan Natsume mengejar impiannya dan biarkan dia di sini.
Biarkan dia dengan tuhan.

Kat sini aku faham aku rasa aku faham apa yang Koh nak.
Dia bergaduh dan bergaul untuk menjadi lebih kuat.
Dia rasa dia tak berguna. Dia tak mampu nak lindungi Natsume.
Dan mungkin juga cara pemberontakan dia dengan tuhan kerana sumpahan tu.
Ataupun satu hukuman atas sumpahan yang terkena pada mereka.
Entahlah, mungkin ya tekaan ini, mungkin tak.
Sebab ayat yang mereka gunakan buatkan aku kena berfikir.
Mungkin sebab subtitle.
Mungkin kalau aku faham bahasa jepun aku akan lagi faham tentang apa yang diaorang cuba sampaikan.

Koh memberi pisau yang selalu dipegangnya kepada Natsume dan menyuruh Natsume pergi.
Natsume menangis dan pergi.
Koh yang tinggal juga menangis.

Natsume memutuskan hubungan dengan Otomo.
Dia mahu mengejar impiannya ke Tokyo.
Itu juga apa yang Koh mahukan.
Otomo pada mulanya agak marah kemudian menyokong keputusan Natsume.
Mungkin dia sedar dia tak mungkin dapat menggantikan Koh dalam hati Natsume.

Sekali lagi festival api diadakan.
Seseorang memakai topeng tengu menarik perhatian Kana.



Kana merasa pelik dengan kehadiran lelaki itu dan menyatakan itu bukan topeng yang dibuat oleh Koh tetapi ayahnya tidak mengendahkannya.

Natsume duduk dipondok sambil bermain dengan gelang milik Koh.
Sebelum lelaki bertopeng tadi menyerbu masuk.

Kana berlari mendapatkan Koh dan memberitahu tentang lelaki pelik tadi dan keselamatan Natsume.

Lelaki itu adalah lelaki psycho yang cuba merogol Natsume dulu.


Koh berlari mendapatkan Natsume.
Sementara Natsume cuba mempertahankan dirinya dengan pisau yang diberi oleh Koh.



Natsume menjerit meminta Koh menyelamatkannya sehingga dia pengsan.

Bangun dari pengsannya Natsume merasakan yang dia hanya bermimpi buruk.
Sebab dia sorang-sorang je kat situ kan... semua macam tak ada apa-apa je berlaku.
Natsume menangis bila terfikirkan Koh.
Dia memanggil nama Koh berulang kali.

Koh menjalankan upacara di festival api.

Scene Natsume sedang memanggil nama Koh dan scene Koh sedang bermain dengan api di selang selikan.

Betul-betul pengarah ini hendak kita berfikir dan buat kita bermain dengan teka-teki.
Mimpi atau realiti?


Tapi kan, gelang yang Koh pakai tu dah boleh bagi hint kot.
Mana mungkin gelang yang pada tangan Natsume tiba-tiba boleh ada pada Koh pula kan?

Dan upacara diteruskan.
Natsume kemudian tersedar yang tadi bukanlah mimpi.
Koh benar-benar datang dan selamatkannya.


Dan part ni aku binggung balik.

Koh, that's not enough.
He's still alive.
Kill him!
Hurry and kill him!


Biar betul kau suruh dia bunuh lelaki tu?
Ok, mungkin semua disebabkan tekanan yang diaorang hadapi.
Kita yang tak pernah alami mungkin tak akan faham kan?
Koh pon memang belasah habis lelaki tu.

Aku tak berapa faham tujuan upacara yang Koh lakukan.
Mungkin macam pemujaan, mungkin cara dia berbicara dengan tuhan. Mungkin?
Tapi gelang yang dia pakai seolah bagi simbolik sesuatu.
Andaian sahaja...

Natsume yang sedang duduk didatangi Kana yang menghulurkan pisau milik Koh dan baju yang berdarah.
Flash back kejadian yang berlaku sewaktu Koh sedang membelasah lelaki psycho itu,
Kana datang cuba menghalang Koh.

Koh menyuruh Kana berambus.
Natsume juga menyuruh Kana pergi dari situ.

Bab ni aku tak faham apa yang dia maksudkan.
Apa yang dia 'create' pun aku tak tahu.
Mungkin langgar sumpah tu kot.

Selepas Natsume menjerit dan pengsan.
Lelaki psycho pergi kearah Natsume dan mengambil pisau milik Koh.

Lelaki psycho itu akhirnya membunuh dirinya sendiri dengan harapan perkara itu menghantui Natsume seumur hidupnya dan menghancurkan karier Natsume selama-lamanya.

Kana mengatakan bahawa dia akan menghapuskan semua bukti ini esok ke dalam laut.
Dia minta Natsume supaya tidak berjumpa dengan Koh lagi.
Natsume terkedu dan terduduk.

Dan mungkin ini simbolik nama tajuk filem ini 'Drowning Love'
Dan kenapa tajuk manga dia 'Oboreru Knife'
Oboreru = Drown

Scene terus bertukar.
Natsume berjaya dan memenangi anugerah pelakon wanita terbaik.

Filem Natsume ditayangkan sempena kemenangannya.
Watak Yukiko yang dibawa Natsume adalah watak protagonist.
Seorang gadis yang keluar dari kampung dan pergi ke Tokyo.

Tiba-tiba dari watak Yukiko, Natsume terlihat dirinya dan Koh.
 
 

Natsume Mochizuki:
Koh,
As i move forward,
I can see your back,
I'll remember.
I'll always remember you.
I was purified when he died.
A curse that would never be recovered in a lifetime,
was purified.

Koichiro Hasegawa:
You know, don't mind at all that you came here.
You are your weapon.
Please look at me,when you take the top!
Forever looking.

Natsume Mochizuki:
This sea and mountain,
belongs to Koh!
me too!
I belong to Koh!


Koh, take care!

Yeah, you too!

Watch over me.

Yeah!
I will surely watch over you.

Sejujurnya part yang last ni memang sedih.


So, kesimpulan...
Pada mulanya aku ingat filem ini pasal cinta monyet, hal maklum lah genre dia pun teen-romance.
Lepas tu banyak pulak part main kejar-kejar kan..
Cinta budak-budak katanya...
Tapi sebenarnya cerita ni agak berat juga untuk dikupas.
Rogol, trauma, masyarakat.
Sebab nanti akan ada satu scene mereka mempertikaikan Natsume tentang kejadian itu.

Macam aku cakap tadi, adakalanya aku tak berapa faham apa yang nak dia sampaikan.
Mungkin sebab bahasa sebab adakalanya bila kita translate ayat tu pun juga boleh jadi tunggak terbalik. So, maksudnya juga susah untuk difahami.
Bagi aku lah...
Ini bukan salah subtitle tau, bukan salah bahasa.
Cuma aku tiba-tiba terfikir, alangkah bagusnya kalau aku faham bahasa jepun.
Alangkah...

Sinematografi filem ini memang cantik.
Mungkin sebab nature dia, sejujurnya aku memang gila dengan nature.
Kalaulah aku dapat capture sendiri pantai, laut dan gunung dia tu...
Alangkah indahnya...
Wah, ibarat mimpi menjadi realiti.

Aku rasa setiap scene dalam filem ini memang cantik.
Walaupun tepi longkang dia...
Seriously cantik..

Cerita ni dari cinta anak-anak bertukar 360 darjah bila kejadian tu berlaku.
Pengalaman pahit yang terpaksa ditempuhi Natsume dan Koh.
Trauma yang mereka terpaksa hadapi.
Gadis ceria seperti Natsume terus bertukar menjadi gadis yang murung dan pasif.
Koh pula mula menjadi semakin agresif.
Aku rasa bukan senang untuk potret kan segalanya dalam sebuah filem yang hanya berdurasi
111 minit.

Ramai yang komen, terlampau banyak persoalan yang tak terjawab setelah menonton filem ini.
Aku pula tertarik dengan watak Koichiro Hasegawa.
Entah kenapa aku rasa ada cerita disebalik siapa dia Koichiro Hasegawa.
Gelang tu...
Gelang tu memang buat aku tertanya-tanya sampai sekarang.

Jadi disebabkan itu...
Aku ambil keputusan untuk baca manga dia.
Kalau korang juga tak puas hati tentang jalan ceritanya dan nak tahu lebih details memang aku suggest baca manga dia.
Manga dia sebenarnya dah habis publish.
Tapi untuk yang telah di translate baru sampai volume 7.
Jadi endingnya sebenar masih menjadi tanda tanya untuk aku.
So, bawa banyak kan bersabar ya...

So, kalau nak baca boleh klik kat link ini:
'Oboreru Knife'


No comments:

Post a Comment