Friday, July 7, 2017

Conteng

Kak, adakah kau pernah terfikir masih ada yang tidak mampu untuk membeli sehelai kertas?

Maksudmu?

Disebalik kau yang suka menconteng dan mengoyakkan helaian kertas dari bukumu.
Masih ada yang bermimpi untuk mendapat walaupun helaian yang sedang engkau koyakkan itu.

Sinikal...

Bukan.
Ini adalah kehidupan yang ramai terlepas pandang.
Di kota raya sebesar ini, di hutan batu ini.
Pernahkah kau terfikir masih ada wujud golongan itu?

Apa yang sebenarnya mahu kau sampaikan?

Hentikan menconteng tanpa asas.
Hentikan mengoyak tanpa belas.
Kerana setiap helai itu amat bermakna pada seribu insan yang kau tak pernah kenal.
Kerana sehelai itu akan lebih bermanfaat pada orang yang benar-benar memerlukan.
Dan kerana sehelai itu juga telah menyebabkan banyak pokok yang ditumbangkan.

Aku pandang meja.
Aku pandang tong sampah.
Aku pandang wajah nya.

Sinikal...

No comments:

Post a Comment