Monday, July 24, 2017

Film (Iran) ➤ Baran (2001)

Baran
2001
باران

Director : Majid Majidi
Writer : Majid Majidi
Producer : Majid Majidi , Fouad Nahas

Release Date: January 31, 2001
Genre: Drama , Romance
Language: Persian , Azeri
Country: Iran

Sinopsis:
In a building site in present-day Tehran, Lateef, a 17-year-old Turkish worker is irresistibly drawn to Rahmat, a young Afghan worker. The revelation of Rahmat's secret changes both their lives.



Review:



Baran?
Sinonimnya kita dengan perkataan ini adalah menunjukkan perasaan marah yang tidak dapat dikawal.
Itu juga antara persepsi pertama aku bila dengar tajuk filem ini.
Seseorang mencadangkan dan mengatakan filem ini adalah filem romantik diantara yang paling manis dia pernah tonton.
Wow, dengar usul ringkasnya pun aku dah begitu tetarik.
Tapi... kenapa tajuk dia baran?

Ok, my assumption.
Tetiba aku teringat drama tv3 Andainya Takdir.
Seorang suami yang panas baran dan cemburu buta.
Tapi kerana cinta si isteri sanggup...
Ok, kita dah ke laut ni... 
Hari ini ulasan untuk filem 'Baran' bukan drama 'Andainya Takdir'
Ada masa aku akan buat review tentang drama tu.
Sebab ada benda yang menarik minat aku tentang drama tu.

Ok, continued...
Assumption aku salah. Seratus peratus salah.
Yalah, kita tengah buat review tentang filem Iran.
Sudah tentunya bahasa yang digunakan bukan bahasa melayu.

Baran sebenarnya membawa maksud 'Hujan'
Dalam bahasa Persi.
Dan 'Baran' juga adalah nama watak dalam filem ini.

Filem ini bermula dengan...

dan...


Belum lima minit pertama dia dah bagi aku gambaran yang buat aku bersyukur kerana lahir dan hidup dalam keselesaan.

Ada satu scene yang aku masih ingat sampai sekarang adalah bila dia terjumpa duit syiling.
Dia pijak duit syiling itu dan lihat sekeliling.
Perlahan-lahan dia tunduk seperti hendak betulkan kasut.
Dia ambil duit syiling itu perlahan-lahan lalu bangun dan berlalu pergi..
Apa yang pengarah cuba gambarkan?

Aku tak tahu berapa nilai duit syiling yang dia kutip itu.
Tapi gambaran duit syiling itu buatkan aku terfikir.
Kalaulah aku cuba cicirkan duit syiling di tengah jalan.
Berapa ramaikah rakyat kita yang berhenti dan mengutip syiling itu?
Dan gambaran yang paling senang.
Pernah tak anda lihat 'seseorang' yang malas untuk menunduk dan mengutip syiling 'dia' yang terjatuh?

Bersyukur kita kerana masih hidup dengan selesa.

Satu konflik lagi ditampilkan dalam filem ini tentang 'segelintir' pandangan orang Iran tentang kedatangan orang/pelarian Afghanistan. 

Kedatangan Rahmat(Afghanistan) menggantikan ayahnya yang yang cedera pada mulanya tidak mengganggu kehidupan Lateef. Tapi disebabkan sesuatu telah berlaku, Rahmat disuruh menggantikan Lateef sebagai 'tea boy' dan Lateef pula terpaksa membuat kerja-kerja buruh kasar.

Ini membuatkan Lateef iri hati ditambah pula bila mendengar orang sentiasa memuji kerja Rahmat dan memburukkan dia.
Macam-macam perkara yang Lateef lakukan pada Rahmat tanda protes dan tidak puas hati.
Tapi Rahmat hanya diam seribu bahasa.
Sehingga satu hari Lateef terpandang Rahmat sedang menyikat rambut.
Barulah dia tahu Rahmat bukanlah seorang lelaki tetapi gadis cantik bernama 'Baran'.

Scene ini dibuat sangat cantik bagi aku.
'Gambaran' Baran sedang menyikat rambut pada sebuah cermin.
Dan Lateef hanya terpegun memandang dari celah langsir.
Hanya 'gambaran'...

Baran sebenarnya terpaksa menyamar sebagai Rahmat demi menanggung keluarganya.
Memandangkan dia anak sulung dan adik beradiknya masih kecil.
Ditambah pula kecederaan ayahnya.
Dia terpaksa berkorban mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

Selepas Lateef mendapat tahu bahwa Rahmat ialah Baran.
Dia langsung tidak mengganggu Baran lagi tapi sebaliknya yang berlaku...

Part ini buat aku tersenyum sorang-sorang.
Kerja di tempat binaan yang penuh kotor dan debu.
Lateef bukan main lagi bersiap menunggu Baran tapi malangnya belum dapat bertentang mata dia dah diarahkan bekerja. Habis baju yang bukan main kemas, rambut yang tersisir rapi.
Hilang semua...

Apa yang romantis tentang cerita ini?

Cerita cinta mereka bukanlah macam drama korea ataupun sepuitis karya Romeo and Juliet.
 Dari hanya memerhati dari jauh. 
Setiap saat, setiap ketika.
Melindungi tanpa kata, penghargaan tanpa suara.
Hanya gambaran, hanya renungan.
Tapi cukup terasa.

Hidup Lateef kini, segalanya tentang Baran.
Dia sanggup berjalan jauh untuk bertemu dengan Baran.
Walaupun hanya dapat memandangnya dari jauh sahaja.
Wang yang disimpan bertahun-tahun sanggup diberikan pada keluarga Baran.
Kerana dia tidak sanggup melihat Baran bekerja keras, membanting tulang tiap-tiap hari.
Walaupun akhirnya duit itu sebenarnya dibawa lari oleh 'Sultan' orang yang diamanahkan oleh Lateef.

Dalam filem ini kau tak akan berani katakan Sultan tu jahat.
Situasi dan keadaan yang terjadi dan digambarkan buatkan kau tak akan berani berkata apa-apa.
Kedaifan, terdesak, pelarian... semuanya akan buat kau 'numb'.

Aku rasa Lateef pun macam tu.
Aku tak rasa langsung yang Lateef marah dengan Sultan.
Mungkin sebab dia faham dan tahu keadaan sebenar bergelar pelarian perang.

Ending dia sebenarnya buat kau berfikir.
Ini ke pengakhirannya?
Pengorbanan yang dibuat Lateef bukan alang-alang.
Walaupun bukanlah kata-kata hikmat,
You jump, i jump
tapi ia lebih bermakna dari itu.

Apa yang romantisnya? apa yang bermaknanya?
Bila segalanya kau letak pada takdir.
Kau tahu sebaik-baik perancang.
Rancangan yang terbaik adalah daripadaNya.

Memang, pada mulanya dia begitu kecewa.
Tapi akhirnya...
Bagi aku Lateef serahkan segalanya pada takdir.

Hari yang terakhir, dia bangun dan bantu ayah Baran memasukkan semua barang ke dalam truck.
Baran sekeluarga akan pindah. Mereka akan kembali ke Afghanistan.

Scene barang yang Baran bawa terjatuh.
Dan mereka berdua sama-sama pungut satu persatu.
Manis sangat rasanya.
Tak perlu satu dialog diutarakan.
Tak perlu sentuhan, tak perlu pelukan.
Tapi dah cukup indah.

Bila saat Baran merenung Lateef, tak cukup seminit.
Baran tersenyum.
Dan terus menutup wajahnya dengan 'Burqa'

Part kasut Baran tertanggal dan Lateef mengambil dan membersihkannya
Aku terbayangkan cerita Cinderella.
Entah kenapa kan?

Berlalu sahaja truck yang dinaiki Baran.
Lateef berjalan keseorangan tiba-tiba berhenti memandang tapak kasut Baran di lumpur.
Hujan pun dengan perlahan-lahan jatuh.

Simbolik kan ending dia?

Pada aku cerita ini tak perlu langsung hero handsome dan heroin yang cun.
Tiada langsung scene sentuhan, pelukan dan kata-kata puitis.
Cukup dengan apa yang mereka ada aku dah dapat rasakan manisnya percintaan mereka.
Kalau diikutkan dalam cerita ini tak banyak sebenarnya scene pertemuan antara Lateef dengan Baran.
Yang ada hanya Lateef yang memandang Baran dari jauh, tanpa Baran perasan kehadirannya.

Baran
Apa yang aku boleh katakan tentang filem ini.
Indahnya bukan pada wajah tapi cerita.
Romantis bukan hanya pada kata-kata.
Cinta, bukan semuanya hanya tentang 'kita'.

dan...
Bersyukurlah kerana kau masih selesa.
Masih girang ketawa tanpa perlu risau tentang esok.
Hari kita yang sentiasa tenang tapi mungkin akan berombak.
Kalau kita sentiasa leka.







No comments:

Post a Comment