"Kalau ikut hati aku nak saja aku baling dia dengan kasut. Sakit hati aku. Dia ingat kita buat kerja ni main-main ke? Ni semua guna air liur?" aku mencampak kertas ke atas meja yang sememangnya sudah berselerak dari tadi.
"Aku dan Boss dah agak dah Sha permainan dia. Sebab tu kita orang sembunyikan kau. Macam-macam alasan kita orang bagi. Aku ni berapa kali kena marah dengan dia sebab gantikan kau. Last-last haritu boss suruh kau buat keputusan sendiri. Dia tak nak lah nanti kau kata dia sibuk-sibuk nak buat keputusan untuk kau pula. Sebab tu aku serahkan projek tu kat kau... " jujur Hakimi.
"Tapi macam kelakarlah pula. Macam manalah anak Puan Sri tu boleh jatuh cinta dengan kau? Bila masa pula dia boleh feeling sorang-sorang tu..." Hakimi cuba menahan gelak.
Aku cuba mengingatkan wajah Danial. Kat mana aku ada jumpa dia?
Macam mana pula dia boleh tersuka pula kat aku?
Aduhai!
"Yang mak dia pun satu hal. Yang ikut semua kehendak anak dia dah kenapa? Sanggup suruh boss pujuk kau terima anak dia. Aku ingat taste dia menantu setaraf dengan darjat dia jer..." Hakimi tertawa.
"Aku rasa anak dia ni mental lah. Kalau tak, kenapa dia tak kahwin kan sahaja dengan anak-anak kawan dia? Mesti kawan-kawan dia tahu siapa anak dia tu sebab tu diaorang tak nak jodoh kan anak mereka..." ujarku.
"Kau ni drama betullah, Sha. Habis sekarang ni macam mana?" soal Hakimi.
"Macam mana apa lagi? Aku dah buat keputusan. Kau cakap kat boss aku tak nak handle projek Puan Sri tu. Kalau dia paksa aku juga. Aku resigned..." Ish betul ke aku nak resigned? Aku nak kerja apa lepas ni? Tak akan nak balik kampung kot?
"Alah kau ni Sha. Cepat sangat melenting. Boss ada pesan kat aku. Dia kata memanglah Puan Sri tu satu-satunya sahaja client kita yang bawa keuntungan paling besar buat masa ini. Hal maklumlah kita ni company kecil jer. Bukan yang ambil projek juta-juta macam orang lain. Tapi dia tak rasa hal peribadi kau dia patut masuk campur dan bagi dia Puan Sri juga tak patut gunakan kita untuk kepentingan dia. So, kalau bukan rezeki kita... Puan Sri tu boleh jer kalau nak cari syarikat interior designer yang lain. Yang lagi ternama dari kita ni..." jelas Hakimi.
"Aku tak sangka boss akan cakap macam tu..." sebak aku dengar bila boss dan Hakimi cuba untuk mempertahankanku. Selama ini aku anggap kedua-dua manusia ini lebih suka menyusahkan hidup aku dari menyenangkan.
"Boss tu nampak je macam tu. Tapi hati dia baik sebenarnya. Aku ni lagi bertahun kenal dia dari kau." ujar Hakimi.
"Jadi betullah ni kau tak nak jadi menantu orang kaya? Kalau kau jadi menantu dia, kau tak perlu susah-susah macam sekarang ni? Semua dah terhidang, tersedia. Ada orang gaji. Ada kereta mewah. Ada..." Hakimi terhenti bila pen di meja sudah melayang ke arahnya.
"Jangan nak merapu. Aku lagi sanggup berusaha keras macam ni dari melayan budak mental macam anak dia tu." tegasku.
"Yelah tu, nanti jangan menyesal pula..." gurau Hakimi.
"Tak ada maknanya!" jeritanku disambut dengan hilai tawa dari Hakimi.
Hakimi kalau sehari tak menyakat tak sah.
Ada sahaja ideanya untuk mengenakan orang.
"Eh lupa, permohonan cuti kau boss dah luluskan. Tapi dengan syarat..." ujar Hakimi.
"Syarat? Apa syaratnya?" soalku berdebar.
"Jangan risau, Boss tak suruh kau kahwin dengan budak mental tu sebagai syarat. Dia pesan suruh kau settlekan dulu semua kerja. Jangan ada yang tertangguh. Dan..." Hakimi memandang aku tajam.
"Ingat, jangan asyik cuti jer... tahulah dah nak hujung tahun. Tapi kalau semua orang sibuk nak habiskan cuti tahun siapa pula nak siapkan kerja yang menimbun kat office ni..." Hakimi mengajuk gaya Boss kami membuatkan aku terhambur tawa.
"Thanks Kimi..." ucapku.
"Untuk apa pula? Kau ni sejak balik bercuti ni kerap sangat ucap terima kasih kat aku. Tak sedap hati pula aku rasa bila kau baik macam ni dengan aku. Kau betul-betul sihat ke ni?" soal Hakimi risau.
"Kau jangan melalut boleh tak? Nak cakap aku buang tabiat lah tu!" aku mengetap bibir.
Hakimi tertawa dan berlalu pergi membiarkan aku dalam kegeraman.

No comments:
Post a Comment