"Sha... Kalau dia dah tak ada?" kata-kata Edwa itu sentiasa berulang di pemikiran.
Ah, tak mungkin.
Kalau apa-apa berlaku pasti aku akan tahu.
Tapi, macam mana aku nak tahu?
"Sha! Amboi kuatnya berangan sekarang. Tak puas lagi ke bercuti? Ke hati kau tu dah kena curi dengan orang kat sana? Kau jangan Sha. Susah aku nak tengok-tengok kan kau, kalau kat sana nanti..." gurau Hakimi.
"Mengarutlah kau ni. Pergi buat kerja sana. Jangan kacau aku..." aku menghalaunya pergi. Malas nak layan lawak merapunya hari ini.
"Aku datang ni nak buat kerja lah ni. Boss minta aku pass kan paper work ni kat kau. Dia kata Puan Sri Maria tu nak kau juga uruskan projek ubah suai rumah baru dia tu. Dia kata hasil kerja aku tak kemas macam kau..." Hakimi meletakkan pelan dan fail-fail berkaitan diatas meja aku. Aku pandangnya tanpa berkedip.
"Puan Sri Maria?" soalku terkejut.
"Ya, Puan Sri Maria. Kau dah kenapa macam nampak hantu pula bila dengar nama dia ni?" soal Hakimi.
"Tak ada orang lain ke boleh uruskan. Aku tak nak lah berurusan dengan dia. Boleh migrain aku hari-hari..." rungutku.
"Nak buat macam mana, Sha. Kita ni yang menurut perintah. Macam aku cakap tadi. Boss suruh serahkan kat kau. Puan Sri yang nak kau uruskan. Bukan aku, bukan Joe, bukan Nathan. Tapi kau..." Hakimi menuding jarinya kepada aku.
"Aku terfikir juga aritu. Macam manalah kau boleh bertahan selesaikan ubah suai rumah dia yang lepas. Macam-macam dia nak. Itulah, Inilah tapi bab harga bukan main berkira. Dahlah cerewet bukan main. Aku ingat dia memang sengaja nak kenakan aku sebab dia nak kan kau yang handle. Rupa-rupanya kau pun tak berminat dengan dia. Kau pun migrain macam aku juga." ujar Hakimi dengan tawanya.
"Mau aku tak migrain. kau dah kenal dia kan? Macam mana dengan kau, macam tulah dia buat dengan aku dulu. Sabar sahajalah aku mampu. Kalau ikutkan hati mahu aku cakap dengan dia macam ni..."
"Puan Sri, kalau puan sri rasa saya ni tak bagus. Saya ni tak profesional. Tak berbaloi untuk dibayar apa kata Puan Sri sahajalah jadi Interior Designer. Dengan rela hati saya tarik diri..." ujarku pula.
"Aku pun pernah rasa nak cakap macam tu kat dia. Nasib aku fikir, siapalah aku ini... makan gaji. Ini sahajalah periuk nasi anak bini aku. Aku telan juga walaupun hati ini tuhan sahaja yang tahu..." Hakimi menepuk dadanya.
"Kimi... tak ada cara lain ke? Aku kalau boleh memang malas nak handle Puan Sri sorang ni. Dia bukan suka aku pun, kenapa dia seboleh-boleh nak aku handle pula? Buang tabiat ke dia ni? Serabut hidup aku sebab dia ni..." aku memandang Hakimi berharap dia ada cara untuk aku dapat lari dari Puan Sri Maria.
"Maaf Sha. Bab ni aku memang tak dapat tolong kau. Aku dah cuba bagitahu dia kau cuti lama. Tapi dia tetap nak kau handle juga. Bayangkan dia sanggup tunggu kau balik cuti. Boss pun tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Kau tahulah kan Puan Sri tu macam mana..." Hakimi hanya mampu memandang simpati.
"So, memang terpaksalah ni?" soalku sayu. Hakimi menganggukkan kepalanya dengan rasa bersalah.
"Tak apalah. Nak buat macam mana kan. Thanks Kimi..."aku mula menarik dan membuka fail yang Hakimi bagi tadi.
"Kesian kau. Baru balik cuti dah kena struggle dengan kerja. Baru nak tengok kau happy..." ujar Hakimi.
"Kenapa? Selama ni kau tengok aku tak happy ke?" soalku membuatkan Hakimi serba salah untuk menjawab.
"Taklah selalu. Tapi lately. Kau macam stress tentang sesuatu..." jujur Hakimi. Aku hanya senyum. Soalan yang seterusnya seharusnya aku elak. Aku tak rasa Hakimi adalah manusia yang paling sesuai untuk aku bercerita tentang kehidupan peribadi aku.
"Kimi, kau rasa kalau aku nak mohon cuti dalam dua tiga hari lagi, boss lepaskan tak?" soalku bila terfikir janjiku dengan Fika dan Atie.
"Ishh, kau ni sejak balik bercuti makin pelik aku tengok. Kau nak pergi mana lagi? Macam mana dengan Puan Sri Maria?" Hakimi benar. Puan Sri Maria. Dia yang aku perlu uruskan dulu sebelum boss hakiki aku tu.
"Tak apalah. Nanti aku tengok macam mana..." aku mula berfikir. Alasan apa yang harus aku cipta. Apa pula konsep yang Puan Sri ni mahukan sampai paperwork Hakimi ini di tolaknya mentah-mentah.
Aku tengok semuanya okay jer...
Hakimi kot, antara Interior Designer terbaik yang syarikat ini ada.
Kerja dengan mulutnya sekali jalan.
Tapi dah tu cara dia.
Apa yang tak kena dengan paperwork ni?
***
"Amboi, bukan main lama you cuti. Susah benar nak dapat khidmat you sekarang ini ya?" Ini sindiran ke pujuan ya, Puan Sri? Keliru aku dibuatnya. Reaksi apa yang harus aku berikan kali ini.
"You cuti bertunang ke? Tak kan bertunang cuti sampai sebulan? Lamanya. Ke you berkahwin? Tapi tak akanlah you kahwin tak jemput boss or staff office you kan? Sebab aritu I tanya Hakimi dia kata hal personal. Bila I cakap you kahwin ada ke patut dia cakap dia tak tahu..." bebel Puan Sri Maria.
Aku cuti sebulan? Biar betik!
Hakimi...
Aku tergelak kecil dalam hati.
Ini mesti kes dia kelentong Puan Sri.
Boss tak tahu ke?
Berat kes ni. Aduhai...
"Tak adalah Puan Sri. Saya pergi jumpa kawan saya, sambil-sambil tu cuci mata kat tempat orang. Ambil angin, hilangkan stress..." jawabku.
"Kawan? Who's? Your boyfriend?" Amboi! Inilah yang paling aku tak suka dengan Puan Sri Maria. Suka sangat jaga tepi kain orang.
"Tak adalah. Kawan baik saya..." perlu ke aku terangkan? Hal peribadi kot! Tak ada kena mengena dengan dia pun.
"Oh, so kat mana?" soal Puan Sri Maria lagi.
"Maaf, maksud Puan Sri?" Dah kenapa pula dengan Puan Sri ni? Segalanya dia nak tahu.
"Kawan you tu duduk mana? You bercuti kat mana?" soal Puan Sri dengan nada seolah tidak puas hati.
Ish, dia ni dah kenapa?!
"Perth... Aussie... Kenapa ya Puan Sri?" kenapa makin melalut perbincangan ni? Bukan ke seharusnya perjumpaan hari ini untuk bincangkan konsep ubah suai rumah baru dia? Bukan pasal cuti aku? Dia ni dah kenapa?
"Perth? Aussie? Lah kenapa you tak cakap. Anak I pun duduk sana. Ni pun baru balik. Dia kata dah bosan duduk kat Perth tu. Tu lah yang nak ubah suai rumah ni untuk dia. Maklumlah, budak zaman sekarang ni nak modern urban katanya..." ujar Puan Sri penuh dengan senyuman.
Ha, Ha, Ha.
So, apa kena mengena dengan cuti aku?
"Kalau you cakap you nak bercuti kat sana, I boleh bagitahu dia. Bolehlah dia bawa you ke tempat-tempat five star kat sana. Kalau kawan you tu mesti mampu bawa tempat-tempat biasa sahaja kan...?" Aku terkedu. Manusia macam ni pun ada ke?
"Hah, itupun dia. Danial!" Puan Sri melambai kearah anaknya. Aku hanya memandang.
"So, Fasha... kenalkan ni anak I. Danial..." Danial menghulurkan tangan untuk berjabat sebelum dia duduk disebelah ibunya.
"Ok, now you pun dah ada kat sini. So, you boleh explain konsep apa yang you mahukan untuk rumah tu. Mama have meeting right now with my friends. As we've discuss, please jangan malukan Mama..." pesan Puan Sri Maria.
"Sorry Fasha, I have to go. You need continue with Danial. Jaga anak bujang I ni tau. Dia ni memang nakal sikit but his nice boys..." ucap Puan Sri Maria sambil mengenyitkan matanya.
What the fish!
Apa semua ni!
Jaga anak kau?
Wei, dah besar panjang ni nak berjaga juga ke?
"Baiklah Encik Danial. Kat sini saya dah sediakan paperwork berkenaan concept dan material yang akan kita gunakan. Encik Danial boleh tengok dahulu dan pertimbangkan cadangan kami. Kalau ada yang masih Encik Danial tidak puas hati sila beritahu pihak kami dan pihak kami akan improvise our idea mengikut kehendak Encik Danial..." laju aku memberi penerangan.
Aku tak rasa kau perlu dijaga. Tapi aku rasa diri aku yang perlu dijaga dari mata kau yang dari tadi memandang aku dari atas ke bawah. Biadap!
"Stop this nonsense. Jangan buat innocence. You tahu kan apa yang mama I mahukan? Not this stupid things!" Danial membaling perlahan paperwork ke atas meja.
"Maaf ya, Encik Danial. Kehadiran saya dan perjumpaan ini adalah atas dasar projek ini. Selain itu saya tak tahu. Apa sebenarnya agenda or apa pun disebalik projek ini saya tak tahu dan saya benar-benar tak nak tahu. Saya rasa tugas saya dah selesai. Saya minta diri dulu..."saat itu dengan laju tanpa toleh ke belakang aku melangkah pergi.
Lantaklah kau nak fikir apa. Yang penting aku tak nak terlibat dengan kerja gila keluarga kau.
Mengarut!

No comments:
Post a Comment