Tuesday, April 11, 2017

DIA... LELAKI ITU? _ (8)

Sebaik sahaja pesawat mendarat, sekumpulan Aircraft Maintenance Engineer bergegas memainkan peranan mereka dalam mengambil alih urusan pemeriksaan transit. Segala aspek meliputi pemeriksaan minyak enjin pesawat, tayar dan landing gear. Pemeriksaan di bahagian luar badan pesawat juga dibuat. Buku log yang dicatatkan oleh juruterbang juga disemak untuk memastikan kerosakan yang dilaporkan dikendalikan dan diselenggara. Mereka juga berperanan mengira bahan bakar dan menetapkan jumlah bahan bakar yang diperlukan oleh pesawat untuk penerbangan berikutnya.

Itu yang aku pernah dengar dan terbaca.

Wah! kerja yang banyak tapi perlu dilakukan dalam masa tak sampai setengah jam. Terbaik! Respect all of you guys! Seriously!

Tanggungjawab sebagai Aircraft Maintenance Engineer ini sebenarnya amat besar dan bukan senang. Apabila mereka sudah siap selenggara dan memastikan yang kapal terbang itu selamat diterbangkan, Mereka akan menandatangani satu sijil untuk membenarkan kapal terbang itu supaya boleh berlepas.

Kalau tak ada tandatangan dari mereka maka kapal terbang tersebut tak akan boleh berlepas. So, risikonya?

Kalau apa-apa berlaku pada kapal terbang itu sewaktu penerbangan, orang pertama akan dicari adalah Tetuan AME inilah...

Wah, tak dapat bayangkan berapa banyak paperwork yang perlu disiapkan dan berapa ratus nyawa sebenarnya didalam tangan mereka. Selama ini kita hanya nampak Encik Pilot yang segak dengan uniform mereka, tetapi Encik AME yang ber "overall" ini juga telah memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan penumpang pesawat sebenarnya.

Dengar cerita juga untuk mendapatkan degree sahaja perlukan masa lebih kurang lima tahun, lepas tu kena ambil lesen dahulu untuk dapatkan title sebagai Aircraft Maintenance Engineer atau nak berkerja dalam bidang ni. Kalau tak lulus?

Pergh, Lima tahun... dan rata-ratanya belajar tentang matematik dan fizik yang tahap pecah kepala punya. Dengar pun dah bergigil lutut.

Aku tersenyum sendiri bila terfikirkan subjek yang agak aku lemah semangat bila terfikir tentangnya sewaktu zaman sekolah dulu. Melihat mereka berkerja keras didepan mata timbul rasa kagum dibenak hati.

Tekun aku memandang mereka berkerja sambil berkira-kira didalam hati. Berapa agaknya gaji mereka sebulan kan? mesti besar? Alahai, Fasha! dah sampai ke situ pula kau. Tak nak tanya sekali ke income tax diaorang berapa?

"Dik, jom... diaorang dah panggil masuk tu..." Kakak ni tadi aku kenal waktu check in tiket. Kebetulan destinasi kita orang sama. Dialah yang banyak ajar aku macam mana nak buat itu dan ini. Dari kaunter tiket sampailah ke sini. Maklumlah pertama kali nak keluar negara. Lainlah kakak ni, sepuluh tahun dah duduk di Australia. Naik, turun flight dah macam naik turun bas kat Malaysia.

"Berkenan ke?" tanya kakak tu lagi.

"Berkenan? Dengan siapa?" soalku kembali.

"Tu, budak-budak kat bawah tu. Bukan main khusyuk tengok mereka dari tadi..." meleret senyum kakak ni mengenakan aku.

"Tak adalah kak. Suka tengok bila orang tengah berkerja ni. Bersemangat..." senyumku kembali.

"Betullah tu. Zaman sekarang ni semuanya demi sesuap nasi kan?" ujarnya kembali sambil berjalan seiringan. Aku hanya tersenyum. Apapun yang dibebelkan waktu itu aku hanya jawabnya dengan senyuman kerana pada saat ini otakku sedang menerawang entah ke mana, jantungku pula sudah mula berdegup agak laju dari biasa.

Aku gayat sebenarnya. aku takutkan dengan ketinggian. Acrophobia!
Jadi aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu atau tidak duduk diatas awan yang jauh dari darat nanti. Bismillah...

Masuk sahaja diruang pesawat aku mula mencari tempat duduk. Bila memandang semua sedang sibuk meletakkan beg di ruangan atas, aku juga mahu turut serta. Tapi kudrat dan ketinggian yang ada ini membuatkan seorang pramugara datang membantu. Dia tersenyum, aku pun tersenyum. Amboi!

Ucapan terima kasih diberi sebelum dia berlalu pergi membantu penumpang yang lain. Kacak, segak... baik pula tu. Anak siapalah ni? Amboi hang! Gatai! Kalau ibu hang tau anak dia spesis lagu ni memang tak pijak tanah hang lari nanti...

Teringat wajah ibu tiba-tiba datang sebak menerpa hati. Segala pesan-pesannya terbisik dihujung telinga.

Gayanya macam nak tinggalkan Malaysia ni tiga empat tahun, padahal empat hari sahaja dah kembali ke sini semula. Drama sangat kau ni Fasha!

Kapal terbang sudah mula terasa bergerak perlahan. Gulp...
Sedikit demi sedikit sudah mula terasa seperti akan terbang ke udara.
Kelajuan dan tekanan mula terasa.
Ya Tuhan... Ampuni aku...
Aku memejamkan mata dan mengetapkan bibir.
Saat ini aku begitu berharap agar ada seseorang yang akan mengengam tangan ini memberi semangat.
Lagi-lagi kalau yang tukang beri semangat itu sekacak pramugara tadi.
Alangkah indahnya...
Amboi, sempat lagi? Fasha dan angan-angan. Tak mungkin akan dapat dipisahkan.

Keadaan tenang semula. Lampu mula menerangi kembali disegenap ruang pesawat.
Aku mengucap syukur didalam hati.
Aku memandang sekeliling. Ramai yang sedang asyik berbual dengan teman mereka. Tapi ada juga yang sudah mula membetulkan posisi mereka untuk terlena dibuai mimpi diawan biru ini.
Biru ke?
Gelap je aku nampak...
Kalau dah kau ambil flight tengah malam, mana mungkinnya kau akan nampak siang.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang lima jam lebih ini aku manfaati betul-betul dengan bermimpi di awan yang indah ini.
Takut? hilang... entah kemana pergi.

Semua perasaan, semua bayangan, semua igauan hilang bila lampu didalam pesawat ini mula hilang cahayanya satu persatu. Mata aku juga turut hilang dalam kesamaran. Akhirnya aku juga turut terlena.

Akhirnya! disini aku melangkah.

Aku memandang sekeliling. Mencari-cari kakak yang tadi tu tapi bila bayangnya pun tak kelihatan lagi aku melangkah pergi. Mungkin dia lambat di tempat kastam tadi. Lagipun dia perlu beratur menunggu bagnya dahulu. Dahlah kastam tadi bukan main ramai nak beratur. Nasib baik aku hanya berbag galas. Teringat pesan Edwa sewaktu ber skype dengannya seminggu yang lepas.

"Kau jangan bawa apa-apa tau. Kau bawa baju dan keperluan penting sahaja. Yang lain nanti kau pakai aku punya je. Shampoo, ubat gigi tu tak payah aku ada. Tak payah nak menyusah bawa luggage bag bagai. Kau duduk empat hari je pun. Baju aku pun kau muat kalau nak pakai..." bebel Edwa hanya mampu aku jawab dengan hilai tawa.

Kalau macam tu punya gaya baik aku datang sehelai sepinggan sahaja, bawa beg duit dengan phone macam selalu aku buat bila pergi mini market atau kedai mamak. Typical Edwa, kalau tak membebel tak sah.

"Sha! Fasha!" jerit Edwa dari jauh sambil melambai-lambaikan tangannya. Aku tersenyum bila dia sudah mula berlari kearah aku.

"Rindunya aku kat kau..."

"Aku pun sama. Kak Lia kirim salam kat kau. Peluk cium dari dia untuk kau..."ucapku pula.

"Ala, rindunya kat Kak Lia. Lagi best kalau dia join sama kan?" ujar Edwa.

"Memanglah best. Tapi masalahnya Kak Lia tu tengah pregnant. Kalau dia deliver kat tengah- tengah sini macam mana?" soalku pula cuba berseloroh. Walhal kandungan Kak Lia sebenarnya pun due dia lama lagi.

"Ish kau ni, meminta..." laju tangannya memukul lengan aku. Sakit!

"Dah jom, kita balik dulu rest, makan, mandi. Lepas tu kita keluar ronda-ronda..." ucap Edwa riang.


No comments:

Post a Comment