Tuesday, February 28, 2017

#BLOG.LAMA.12


Wednesday, August 20, 2014




MASA SILAM

Semua orang ada masa silam.
aku percaya kalau tak sebesar gunung pasti akan ada
sebesar zarah.
Masa silam yang cuba kita sembunyikan.

Kata orang:
Masa silam adalah tempat terbaik untuk belajar,
Masa depan adalah tempat terbaik untuk berharap,
dan hari ini adalah waktu terbaik untuk berjuang.

Walaupun siapapun kita dulu,
yang penting adalah siapa kita kini.

BERUBAH menjadi lebih baik bukan satu kesalahan,
tetapi kalau kita tak pernah berfikir untuk berubah itu
adalah satu kejahilan.

Biarkan orang memandang,
biarkan orang mengata,
biarkan orang menghina.
Yang penting...
kau tahu siapa kau,
kau kenal asal usul kau,
kau tahu arah kiblat kau.

Tak bermakna bila kelamnya masa lalu
akan kelamlah masa depan,
yang penting diri sendiri,
sejauh mana kau mahu keluar dalam kegelapan itu.
sejauh mana kau yakin siapa yang akan sentiasa menemanimu.

Kepada yang memandang tinggi diri,
Tak guna mendongak ke langit.
Kalau kaki masih mencecah bumi.
Tak guna mencipta iri,
kalau hidup masih mencari.


wasalam.

No comments:

Post a Comment