Tuesday, February 28, 2017

TULUS - PAMIT







PAMIT

Tubuh saling bersandar
Ke arah mata angin berbeda
Kau menunggu datangnya malam
Saat kumenanti fajar

Sudah coba berbagai cara
Agar kita tetap bersama
Yang tersisa dari kisah ini
Hanya kau takut kuhilang

Perdebatan apapun menuju kata pisah
Jangan paksakan genggamanmu

Izinkan aku pergi dulu
Yang berubah hanya
Tak lagi kumilikmu
Kau masih bisa melihatku
Kau harus percaya
Kutetap teman baikmu

Sudah coba berbagai cara
Agar kita tetap bersama
Yang tersisa dari kisah ini
Hanya kau takut kuhilang

Perdebatan apapun menuju kata pisah
Jangan paksakan genggamanmu

Yang berubah hanya
Tak lagi kumilikmu
Kau harus percaya
Kutetap teman baikmu

Izinkan aku pergi dulu
Yang berubah hanya
Tak lagi kumilikmu
Kau masih bisa melihatku
Kau harus percaya
Kutetap teman baikmu

Singer : Tulus
Songwriter : Tulus
Producer : Ari Renaldi
Album : Monokrom (2016)

#BLOG.LAMA.12


Wednesday, August 20, 2014




MASA SILAM

Semua orang ada masa silam.
aku percaya kalau tak sebesar gunung pasti akan ada
sebesar zarah.
Masa silam yang cuba kita sembunyikan.

Kata orang:
Masa silam adalah tempat terbaik untuk belajar,
Masa depan adalah tempat terbaik untuk berharap,
dan hari ini adalah waktu terbaik untuk berjuang.

Walaupun siapapun kita dulu,
yang penting adalah siapa kita kini.

BERUBAH menjadi lebih baik bukan satu kesalahan,
tetapi kalau kita tak pernah berfikir untuk berubah itu
adalah satu kejahilan.

Biarkan orang memandang,
biarkan orang mengata,
biarkan orang menghina.
Yang penting...
kau tahu siapa kau,
kau kenal asal usul kau,
kau tahu arah kiblat kau.

Tak bermakna bila kelamnya masa lalu
akan kelamlah masa depan,
yang penting diri sendiri,
sejauh mana kau mahu keluar dalam kegelapan itu.
sejauh mana kau yakin siapa yang akan sentiasa menemanimu.

Kepada yang memandang tinggi diri,
Tak guna mendongak ke langit.
Kalau kaki masih mencecah bumi.
Tak guna mencipta iri,
kalau hidup masih mencari.


wasalam.

#BLOG.LAMA.11


Friday, August 15, 2014



TAJUK : SEMBANG KOSONG

Assalamualaikum,
Dah lama tak menulis atau sebenarnya 'menaip'.
Kata kawan inilah namanya 'kengkangan hidup"
betul ke ejaan itu?
Kalau salah maafkan dan betulkanlah saya.
Bunyi macam skema soalan pula kan?
tapi nak buat macam mana.
Takut ada yang terasa hati.

Yalah, namanya pun manusia sering terciut, terasa.
Katanya sebab manusia ni memiliki hati yang begitu halus.
Ya ke?
Malas nak jawab soalan macam ni.
Sebab aku manusia yang redah apa sahaja.
Dari tercuit dan terasa baik aku fikirkan tentang
masalah dunia yang makin lama makin huru hara.
Ya ke?

Sembang kosong.

#BLOG.LAMA.10

Wednesday, May 21, 2014




SCARLET TEARS

Sejernih air mata,
dicipta dengan seribu keajaiban
Terlahirnya ungkapan tanpa kata-kata,
Bingkisan hati manusia,

"Scarlet Tears" atau dalam bahasa saintifiknya HAEMOLACRIA iaitu "Crying Blood"

Ia disebabkan keadaan fizikal yang menyebabkan seseorang menghasilkan air mata yang sebahagiannya terdiri daripada DARAH.

"Gejala beberapa penyakit dan juga boleh dianggap sebagai satu tumor dalam radas lacrimal. Yang sering didorong oleh faktor-faktor tempatan seperti konjunktivitis bakteria, kerosakan alam sekitar atau kecederaan. Ia juga boleh berlaku di kalangan wanita yang yang subur disebabkan oleh hormon."



Sesungguhnya Kebesaran Yang Maha Esa, diluar kotak pemikiran kita.

The beauty of transparent tears in the crystal clear waters of the eye,
But the beauty of scarlet tears is at the enormity of The Almighty Creator...


#BLOG.LAMA.9


Sunday, May 4, 2014



#update

tak da apa nak cite
tak da apa nak kabar
cuma rindu nak update,
rindu nak menaip.
Bukan sebab kerna carnation
bukan sebab kerna penampar.
Tapi sebab masa,
sebab usia,
sebab faktor,
duit kena cari,
rajin tangga kejayaan.
bila otak dah tepu,
nak cari idea baru,
masa itu mesin taip ini berharga,
untuk tenangkan jiwa,
moga lepas ini akan ada lagi
sisa-sisa cernaan otak,

hari-hari minggu macam ini.

#BLOG.LAMA.8


Monday, February 17, 2014



Pelangi

Hadirnya sesudah hujan

Bukti disebalik kesedihan pasti ada kebahagian

#BLOG.LAMA.7


Sunday, February 23, 2014



Setiap orang ada pendapat masing-masing,
ada minat masing-masing.
kita tidak boleh letakkan salah atau betul,
pada pendapat seseorang.
Kerana itu hanya pendapat.
Bertentangan pendapat tidak salah.
Bergantung kepada manusia itu sendiri.
Negatif atau Positif?

#BLOG.LAMA.6

Monday, November 25, 2013



KABUS

Pagi, hening, gelap, sunyi, sepi
Langkah semakin berat
Satu-satu ranting dipijak
berderap, berderap, berderap
Jantung berdegup kencang
Langkah makin diperlahankan
Jangan berhenti!
Bisik satu suara
Tapi...
Makin langkah diatur,
makin tebal kabus didepan
Maju!
Jerit satu suara
Dalam ketakutan langkah masih diatur
setapak demi setapak
suara itu berbisik kembali

Ingat pesan nenek,
Setebal mana kabus yang melanda hujungnya tetap ada cahaya.

#BLOG.LAMA.5



Saturday, November 16, 2013



PILIHAN

Disaat semua sedang bergolak
Aku tertunduk sepi
Salah siapakah semua ini?
Kenapakah akhirnya begini?

Bingung
Hanya itu gambarannya
Ke kiri atau ke kanan?
Pejamkan mata
Masih tak nampak cahaya

Nafas ditarik, dihembus kembali
Cuba menarik semangat yang ingin melarikan diri.

Menjerit!
ada gunanya ke?
Sesekali tersentak,
kenapa aku begitu lemah.

Kalaulah... kalaulah...

tentu semuanya lebih baik

#BLOG.LAMA.4


Sunday, November 10, 2013




Hari ini hujan lagi.
Renyai...
Sebelum subuh mata tak mengizin mimpi menyelubungi
jasad,
Ada sesuatu masih belum selesai katanya.
Usai subuh langit masih hening,
Sejuk, damai dan indah.
Semoga perjalanan ini juga akan damai seperti ini,
walaupun hujan melanda tapi masih menyenangkan...

#BLOG.LAMA.3


Friday, November 1, 2013


AKU

Aku,
Manusia polos yang dulunya pernah meniggi diri

Aku,
Manusia hina yang cuba memperbaiki diri

Aku,
Seorang anak yang sedang cuba menjadi terbaik

Aku,
Seorang sahabat yang tidak mampu menjadi sempurna
kerana dilukai dan dikhianati

oleh naluriku sendiri.

#BLOG.LAMA.2


Tuesday, October 29, 2013



HUJAN


Pagi. Sejuk.
Diluar sedang hujan.
Mengeliat, Menguap. Malas.
Sekilas teringat tentang hukuman.
Bangun. Lemah.
Mandi. Subuh. Terdiam.
Muka surat berapa pula hari ini?
Mengemas.
Kiri, Kanan, Depan, Belakang.
Dhuha.
Semoga hari ini lebih baik dari esok.
Kunci kereta, kasut dan beg.
Hujan masih tidak berhenti.

Eh hujan, kau sedang mengejek atau sedang bersimpati?

#BLOG.LAMA.1


Tuesday, October 29, 2013


Aku menulis lagi
Menuliskah aku?

Tentang cerita sang pelangi, laut dan pantai
tidak lupa pada si mentari dan bulan

Tentang cinta, persahabatan dan liku hidup
yang menghiasi kanvas kehidupan

Namaku Leo
Jiwaku halus tapi watakku kasar

Aku begitu mengangumi keindahan pelangi

Hadirnya seketika tapi sudah cukup memberi kebahagian kepada orang lain