"Kau termenungkan apa lagi ni Sha?" Edwa duduk menghadap aku. Dengan raut wajah simpati dia merenung. Dah kenapa kau!
"Mana ada aku termenung. Kau tak nampak ke aku tengah mengemas ni?" selindung aku sambil menarik baju-baju yang berterabur diatas katil.
"Barulah aku faham sekarang apa yang Kak Lia maksudkan..." keluh Edwa.
"Apa maksud kau? Kenapa dengan Kak Lia?" aku memandang wajah Edwa yang sedang mendongak ke syiling.
"Kak Lia pernah bagitahu aku. Kau tak cintakan Ilham. Kau cintakan orang lain. Budak tu lah kan?" soal Edwa lagi.
"Budak mana ni? Ish, memandailah Kak Lia tu..." aku serba salah. Kak Lia ni! Memang tak boleh simpan rahsia kan!
Edwa tiba-tiba ketawa sambil menggelengkan kepala.
"Cik Fasha oi, reaksi kau tu pun dah mengiakan segala-galanya. Ada hati lagi nak berselindung dengan aku" ujar Edwa dengan tawa sinisnya.
"Berapa lama dah kau kenal dengan budak ni? Tak sabar aku nak berkenalan dengan dia. Lelaki yang berjaya menudukkan sang singa macam kau ni..." sindiran Edwa aku balas dengan balingan bantal. Pantas dia menyambutnya dengan hilai tawa yang makin galak. Geram!
"Wei, story lah... sampai bila kau nak berahsia dengan aku ni? Aku janji nanti aku akan tolong carikan dia untuk kau. Bukan susah pun nak cari student Malaysia kat sini. Pandai-pandai aku lah nanti nak minta tolong dengan budak-budak ni..." ujar Edwa yakin. Aku mencebik. Sejak bila kau jadi kak long kawasan kat Perth ni pula?
"Dulu Kak Lia kata korang pasangan Lovey-Dovey kat kampus, betul ke?" soal Edwa berusaha memaksa aku untuk membuka cerita.
"Lovey-dovey? Hang biar betul, Kak Lia cakap macam tu? Lagipun sejak bila dia sekampus dengan aku?" Aku memandang wajahnya tajam.
"Tang lovey-dovey tu aku tambah. Sedapkan cerita. Tapi Kak Lia memang kata korang memang sweet bila berdua. Tapi Sha, kalau dia bukan sekampus dengan kau, kat mana korang jumpa? " soal Edwa penuh minat.
"Amboi kau, pandai betul serkap jarang kan? Sesuka hati tambah perisa. Apa lagi yang Kak Lia cerita dengan kau? Bila masa pula dia sempat bergosip dengan kau tentang aku ni? Sampai hati korang mengata belakang aku kan?" aku memandang Edwa geram.
"Lah kau ni Sha. Bila masa pula aku dengan Kak Lia mengata kau. Cepat sangat sentap lah kau sekarang ni aku tengok. Chill lah sikit..." pujuk Edwa.
"Apa lagi yang Kak Lia cerita?" soalku kembali tenang.
"Tak banyak. Dia kata dulu zaman kau belajar, kau ada boyfriend. Tapi lepas tu korang gaduh. Kau frust gila time tu. Kononnya tak nak bercinta lagilah. Dah tawar hatilah..." ujar Edwa dengan nada menyindir dihujungnya. Aku menjeling geram.
"Itu aje...?" soalku.
"Sabar Sha. Aku ni pun nak bercakap kena tarik nafas juga. Kau ingat aku ni ikan bernafas melalui insang?" sindir Edwa geram dengan perangai aku yang kadang kala memualkan.
"Bila kau kenalkan Ilham dengan kita orang. Kak Lia dari awal memang tak suka dengan perangai si Ilham tu. Cara dia kadang-kadang memaksa. Tapi kau dah suka kan? Kita orang diamkan aje. Kak Lia pernah bagitahu aku yang kau tak akan kekal... dengan... dia...tu..." Edwa teragak-agak untuk berterus terang.
"What!" jerit aku tidak percaya.
"Dengarlah dulu..." Edwa mendengus geram.
"Kak Lia kata Ilham tak sesuai dengan kau. Cara Ilham, gaya Ilham macam ada sesuatu yang tak kena dengan mamat tu. Dan kau... kau sangat plastik..." ujar Edwa sambil mengetap bibirnya.
"Hah?" Aku binggung. Aku plastik? Aku minah plastik? Biar betul? Kak Lia!
"Maksud Kak Lia, kau hanya berpura-pura bila dengan Ilham. Aku tak tahu, aku pun bukan kenal kau sangat waktu tu. Tapi... kau memang nampak tak happy bila dengan dia. Kadang-kala wajah meluat kau dengan cara dia amat terpancar kat muka kau yang tak pandai berbohong ni..." jelas Edwa sambil memusing-musingkan jari telunjuknya di muka aku. Kau dah kenapa? baca jampi serapah?
"Ishh... korang ni..." aku menepis tangan Edwa.
"Sampai hati korang cakap aku macam tu. Aku jujur tau nak kawan dengan dia. Aku ikhlas tau..." aku cuba membela diri. Tapi memang aku tak ada niat apa-apa pun. Dia yang ada niat nak hancurkan hati aku ni!
"Sejak bila pula aku cakap kau tak ikhlas, kau tak jujur ni. Kak Lia pun tak maksudkan macam tu..." keluh Edwa. Susah betul nak fahamkan minah senget ni.
"Dia kata dia pernah tengok kau happy gila dulu. Waktu dia jadi senior kau and kau masih freshie lagi. Sifat easygoing tapi sangat competitive kau tu kadang kala buat dia risau kan kau. Yelah, kau tahu kan macam mana care nya Kak Lia dengan kita ni. Walaupun kadang kala aku pun rimas..." Edwa tersenyum tapi matanya sudah berkaca.
Aku berdehem. Aku tahu dia rindukan saat itu.
"Dulu dia tak suka kan kau tau, dia kata kau ni ligat. Tapi lama kelamaan bila korang kena sebilik, dia mula kenal perangai sebenar kau. Kau bukan ligat sebenarnya tapi cara kau tu selalu buat orang pandang serong dengan kau. Aku dengar dulu kau ni kaki ponteng kelas juga ya?" soal Edwa ingin tahu.
"Wei, amboi bab ponteng kelas pun Kak Lia bagitahu kau? Aku bukan suka-suka ponteng lah. Aku ada masalah nak tidur, bila dah tertidur tu yang terlajak..." ujar aku cuba membela diri lagi. Pecah tawa Edwa sekali lagi melihat gelagat aku.
"Kau tu susah nak tidur ke susah nak tinggalkan cerita bersiri kau tu?" sinis Edwa. Aku berdengus. Ini masalahnya kalau bercakap orang yang pernah tinggal serumah dengan kita. Segala aktiviti siang ke malam kita dia tahu. Hilang niat aku nak bidas lagi.
Aku terdiam. Edwa juga. Masing-masing melayankan perasaan. Terkenangkan zaman kami serumah. Gelak tawa, sakat-menyakat, tolong menolong sentiasa menghiasi rumah murah tiga bilik itu. Walaupun tak semewah mana. Walaupun berkongsi bilik air yang selalu tersumbat itu. Walaupun pintu dapurnya yang kian usai. Tapi semua itu membuatkan kami rapat bersama. Dengan itupun kami sudah cukup bersyukur.
"Tapi betulkan kau memang sayangkan budak tu? Sebab tu kau datang sini. Sebab kau rasa budak tu masih ada kat sini lagi?" Edwa menguji perasaan aku dengan soalannya yang tiba-tiba.
Tak habis lagi rupanya soal siasat dia ni. Aku ingat dah lupa dah tadi. Pening!
Ikutkan hati mahu sahaja aku halau dia keluar dari bilik ini. Tapi memandangkan ini bilik dia dan aku yang menumpang. Aku pendamkan sahaja perasaan itu.
"Betulkan Sha?" soal Edwa lagi.
"Mana kau tahu dia budak tu?" soal aku pula. Edwa tersengih memandang seakan gembira berjaya mengumpan aku ke dalam perangkapnya.
"Soalan kau sebenarnya tu dah mengiakan soalan aku" Edwa tersenyum menang.
"Fine, okay. Dialah budaknya. Dulu dia student kat Curtin University. Sebab tu aku ajak kau pergi sana. Tapi bila aku fikirkan balik. Itu sangat mustahil..." aku sudah malas mahu berteka teki lagi. Melayan Edwa pasti malam ini tidur aku tak akan nyenyak.
"Apa yang mustahilnya. Kalau kau nak aku boleh tolong carikan dia. Mana tahu ada junior dia yang masih ada kat sini. Bolehlah aku tolong satukan korang..." pujuk Edwa.
"Tak payahlah. Aku rasa tak perlu. Dia mungkin dah ada hidup dia, dunia dia. Kalau dia nak cari aku dah lama dia balik cari aku. Tapi ni tak. Dah bertahun dia menyepi. Satu khabar dia pun aku tak terima... Aku jer yang macam orang bodoh..." Aku melepaskan satu keluhan. Cincin di jari aku pusingkan dan longgarkan dengan ibu jari. Seperti sudah menjadi kebiasaan untuk aku berbuat begitu bila cuba berfikir tentang sesuatu.
"Tapikan Sha, sekarang zaman intelek, teknologi sana sini. Semua benda boleh cari kat internet. Media sosial pun melambak. Facebook, instagram, twitter... Kau tak pernah cari dia kat situ ke? Bukan apa, untuk puaskan hati kau aje. Kalau betul dia dah berkahwin dah ada anak, sekurang-kurangnya kau tahu. Dan mungkin bila kau tahu tak adalah kau hidup dalam persoalan macam sekarang ni..." cadangan Edwa aku hanya mampu balas dengan senyuman.
"Kau ingat aku ni hidup zaman batu ke? Dah tentulah itu alternatif pertama yang aku gunakan. Tapi tak ada. Tak wujud pun manusia tu. Nama dia melambaklah tapi tak ada satu pun yang macam dia. Entah-entah dia tu yang wujud dalam zaman batu agaknya..." sekumpal geram yang terbuku akhirnya terluah juga.
"Seriously? Abis zaman korang bercinta dulu macam mana? Kau kat sana, dia kat sini. Tak mungkin call kot. Mahal dowh!" Edwa mengerutkan keningnya.
"Gila kau call. Dia kena charge, aku kena charge. Dah lah dua-dua student" aku mencelah.
"Aku gunalah Yahoo Messenger, Skype. Paling sedih pun email..." jelasku.
"Friendster? Myspace?" soalan Edwa aku jawab dengan anggukan.
"Ada pula dia benda alah tu semua. Tak mugkin sekarang dia tak ada..." balas Edwa.
"Entahlah, aku pun tak tahu..." jawabku lemah.
"Kelakar pula bila sebut pasal Yahoo messenger, Friendster, Myspace..." ujar Edwa sambil tersenyum.
"Teringat zaman sekolah dulu. Justin Bieber... baby, baby, baby..." Edwa ketawa kecil. Mungkin ada sejarah dia dengan lagu itu. Aku pun tak tahu.
"Kau dah kenapa?" soalanku tersenyum dan memandangnya pelik. Edwa juga tersenyum dan mengeluh sebelum duduk menyandar kembali.
"Sha, kau tak try cari facebook kawan-kawan dia ke?" soal Edwa selepas dia terdiam seketika tadi. Mengenang masa silam mungkin?
"Facebook kawan-kawan dia?" aku bertanya kembali.
"Yelah, dari facebook kawan-kawan dia mana tahu kau boleh jumpa facebook dia. Yelah zaman sekarang ni kan orang letak nama kat facebook pelik-pelik..." jelas Edwa. Aku mengangguk sambil berfikir.
"Bukan setakat facebook je, Wa. Rumah dia kat kampung tu pun aku dah pergi. Tapi seorang pun dah tak ada. Nak tanya jiran sebelah menyebelah malu pula aku. Nak kata apa? Tak akan nak cakap saudara..." keluhku. Dia diam, aku pun turut diam.
"Tapi kan Sha..." tiba-tiba Edwa bersuara kembali dan memandang wajahku dengan muka yang agak menyeramkan.
"Kau kata dia selalu contact kau kan? Tiba-tiba dia senyap? Kau email pun dia tak jawab kan? Segala medium pun dia tak update? Friendster? Myspace? kosong? tiba-tiba dia senyap? sunyi, sepi? betul kan?" Edwa merenungku dengan mata yang amat menyeramkan.
"Ya, kenapa?" jawabku pening mendengar soalan dari Edwa. Berapa banyak tanda soallah yang kau nak bagi aku ni?
"Kau dah try contact keluarga dia tak ada. kau pergi rumah dia tak ada. Kan?" soal Edwa lagi.
"Ya..." jawabku berdebar.
"Sha, aku tak tahulah sejauh mana kau boleh terima apa yang aku nak cakapkan ni... tapi kan Sha..." Edwa teragak-agak bersuara.
"Tapi apa?' soalku geram.
"Tapi, kalau dia sebenarnya tak ada lagi... macam mana Sha?" soal Edwa.
"Hah?" aku binggung. Apa sebenarnya yang kau nak sampaikan?
"Maksud aku kalau dia dah men... ninggal..." ujar Edwa takut.
"What!" jerit aku terperanjat. Selama bertahun-tahun ini tak pernah sekali pun terlintas fikiran aku sampai kesitu.
"Just my assumption. Yelah, sebab semuanya tiba-tiba... Kau kata tiba-tiba jer dia menyepi. Jadi, manalah tahu ada something yang berlaku dan kau tak tahu..." jelas Edwa laju.
Aku terdiam. Semuanya pana.
Dia dah tak ada?
Dia... dah tak ada...
Kalau benar dia dah tak ada...
Fasha, dia dah tak ada.

No comments:
Post a Comment