Sunday, July 15, 2018

Merapu

Ok, sebenarnya aku tak tahu nak start dari mana.
Tapi aku rindu sangat nak ketuk papan kekunci ni.
Rindu sesangat!

Sedar tak sedar, berbulan aku tak menaip.
Uish, kalau dibiarkan tak lama sahaja masuk setahun.
Entah apa yang merasuk dalam badan ni pun aku tak tahu.
Otak makin beku membuatkan segala urat saraf pun kaku.
Penyakit yang paling berbahaya untuk rakyat marhain macam aku.
Penyakit M.
Malas.

Semuanya aku malas.
Sehingga berfikirpun buat aku lemas.
Yang pelik sang perut ni pula rajin sahaja bergendang.
Tekak ini pula selalu sahaja berdendang.
Nafsu pula menari-nari melintasi akal yang menghalang.

Nak cerita pasal apa ya?
aku pun tak tahu.

Penat menaip?
Tak.

Bosan dengan hidup?
Tak.

Tapi apa yang aku cari ya?
Entah.


No comments:

Post a Comment